Ordnungspolizei
pasukan polis beruniform Jerman Nazi / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ordnungspolizei atau Orpo (bahasa Inggeris: Order Policecode: en is deprecated ) (Bahasa Melayu: Polis Tetap) ialah pasukan polis beruniform di Jerman Nazi antara tahun 1936 dan 1945.[2] Organisasi Orpo telah diserap kedalam penguasaan Nazi selepas bidang kuasa polis serantau dikeluarkan bagi menyokong kerajaan pusat Nazi (Verreichlichung polis). Ia berkhidmat dibawah SS sehingga akhir Perang Dunia II.[2] Oleh kerana pakaian seragam mereka berwarna hijau, Orpo juga dikenali sebagai Grüne Polizei (polis hijau). Pasukan tersebut pada awalnya ditubuhkan sebagai pertubuhan berpusat yang menyatukan polis beruniform kawasan bandar, bandaraya, dan pedalaman yang telah diatur mengikut negeri.[2]
Ordnungspolizei | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 26 Jun 1936 |
Agensi yang mengambil alih |
|
Jenis | Polis Negara |
Bidang kuasa | Jerman Nazi Taklukan Eropah |
Ibu pejabat | Hauptamt Ordungspolizei, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin 52°30′26″N 13°22′57″E |
Kakitangan | 401,300 (1944)[1] |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif Polis Negara |
|
Agensi induk | Reichsinnenministerium (Kementerian Dalam Negeri Reich) |
Ordnungspolizei memegang hampir kesemua penguatkuasa undang-undang Reich Ketiga dan organisasi tindakbalas kecemasan, termasuk bomba, pengawal pantai, pertahanan awam, dan juga peronda malam. Dikerah bersama-sama tentera darat Wehrmacht dalam Penjajahan Poland pada tahun 1939,[3] ia bertugas mengugut penduduk-penduduk awam negara yang dijajah dan ditakluki bermula pada musim bunga 1940.[3][4]