PDRM FC
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelab Bola sepak Polis Diraja Malaysia (Jawi: کلب بولا سيڤق ڤوليس دراج مليسيا) atau lebih dikenali sebagai PDRM FC (Selepas PDRM FC Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2020, sebelum itu dikenali sebagai PDRM FA)[2] merupakan bekas persatuan bola sepak dari tahun 1990 hingga tahun 2019 dan menjadi kelab bola sepak professional selepas dimiliki sepenuhnya oleh PDRM FC Sdn Bhd pada tahun 2020 yang mewakili Polis Diraja Malaysia.[3] Kelab bola sepak ini bermain dalam kancah Liga Super Malaysia.
Nama penuh | Kelab Bola sepak Polis Di-Raja Malaysia | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Sang Saka Biru Harimau Biru Sang Keris Biru | |||
Nama pendek | PDRM | |||
Stadium | Stadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur (Kapasiti: 18,000) | |||
Pemilik | PDRM FA (1990-2020) PDRM FC Sdn Bhd (Dimiliki sejak 2020)[1] | |||
Presiden | Acryl Sani | |||
Pengurus | Mohamad Hafiz Zainal Abidin | |||
Jurulatih | Azzmi Aziz | |||
Liga | Liga Super Malaysia | |||
2022 | Ke-6 dari 10 kelab bertanding, Liga Premier Malaysia (naik liga) | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Pencapaian terbaik PDRM adalah pada musim 2006/07 dimana pasukan ini telah menjuarai Liga Premier Malaysia buat kali pertama dalam sejarah pasukan sekaligus layak beraksi dalam Liga Super Malaysia pada musim berikutnya. Manakala pada tahun 2014 juga pasukan ini telah menambah trofi dengan memenangi kejuaraan ke-2 Liga Premier Malaysia. Bagi musim 2020, pasukan ini bersaing di Liga Super Malaysia dan akan menggunakan gelanggang Stadium KLFA.