Pakhtakor Tashkent FK
From Wikipedia, the free encyclopedia
FC Pakhtakor Tashkent (Uzbek: Paxtakor futbol klubicode: uz is deprecated ) ialah sebuah kelab bola sepak profesional Uzbekistan yang berpangkalan di ibu kota Uzbekistan iaitu Tashkent. Kelab ini bersaing dalam Liga Super Uzbekistan. Pakhtakor secara zahir bermaksud "sang penanam kapas" dalam bahasa Melayu. Pemain yang paling terkenal dari Kelab ini ialah Jaloliddin Masharipov.
Pakhtakor Tashkent FK logo.svg | |||
Gelaran | Uzbek: Paxtakorlarcode: uz is deprecated (Sang Penanam Kapas) Uzbek: Sherlarcode: uz is deprecated (Singa-singa) Uzbek: Xalq jamoasicode: uz is deprecated (Pasukan bagi rakyat) | ||
---|---|---|---|
Diasaskan | 8 April 1956; 68 tahun yang lalu (1956-04-08) | ||
Stadium | Stadium Sentral Pakhtakor (Kapasiti: 35,000) | ||
President | Bobur Shodiev | ||
Pengurus | Maksim Shatskikh | ||
Liga | Liga Super Uzbekistan | ||
2023 | Liga Super Uzbekistan, ke-1 dari 14 (pemenang kejohanan) | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
Musim semasa |
Pakhtakor adalah satu-satunya kelab Uzbekistan yang bermain dalam liga peringkat tertinggi bola sepak Soviet, dan satu-satunya kelab Asia Tengah yang muncul dalam perlawanan akhir Piala Soviet. Bermain dalam Liga Uzbekistan sejak 1992, kelab itu telah menjadi kuasa besar Uzbekistan sejak kejatuhan Kesatuan Soviet; kelab ini berjaya memenangi 16 gelaran Liga Uzbekistan, termasuk enam kejuaraan berturut-turut dari 2002 hingga 2007.[1] Pakhtakor juga memenangi tujuh piala domestik berturut-turut antara 2001 dan 2007, dan memenangi 11 piala secara keseluruhan.[2] Pemain kelab itu telah memenangi anugrah pemain bola sepak terbaik Uzbekistan sebanyak lapan kali, dan rakan sepasukan Pakhtakor menyapu bersih tiga tempat teratas pada 2002. Pengurus kelab telah dinamakan sebagai jurulatih terbaik Uzbekistan sebanyak dua kali.[3]
Pasukan ini juga merupakan pesaing lazim dalam Liga Juara-Juara AFC setelah mara ke separuh akhir pertandingan dua kali pada tahun 2003 dan 2004. Pakhtakor kini memegang rekod jumlah penyertaan berturut-turut terbanyak dalam Liga Juara-Juara AFC, dengan menyertai 11 kejohanan dari 2002 hingga 2013.