Parlimen Kanada
From Wikipedia, the free encyclopedia
Parlimen Kanada (Bahasa Inggeris: Parliament of Canada; Bahasa Perancis: Parlement du Canada) ialah badan perundangan persekutuan Kanada yang bertempat di Bukit Parlimen, Ottawa. Badan ini terdiri daripada baginda ratu, yang diwakili oleh wizurai (dikenali sebagai gabenor jeneral); satu dewan pertuanan iaitu Senat dan Dewan Rakyat.[ruj 1] Setiap unsur badan tersebut mempunyai pegawai dan organisasinya yang tersendiri. Dewan Rakyat mempunyai kuasa yang dominan mengikut konvensyen perlembagaan, Senat menyemak semula perundangan berdasarkan sudut pandangan yang tidak berpihak dan baginda Ratu atau wizurai memberikan perkenan diraja untuk menjadikan suatu rang undang-undang itu kepada undang-undang.
Parlimen Kanada ڤرليمن كنادا | |
---|---|
Parliament of Canada 🍁 Parlement du Canada | |
Parlimen Kanada ke-42 | |
Jenis | |
Jenis | |
Dewan | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Julai 1867; 156 tahun yang lalu (1867-07-01) |
Kepimpinan | |
Elizabeth II sejak 6 Februari 1952 | |
Julie Payette sejak 2 Oktober 2017 | |
Struktur | |
Ahli |
|
Kumpulan politik di Senat |
|
Kumpulan politik di Dewan Rakyat |
|
Pilihan raya | |
Sistem pengundian Senat | Dilantik oleh Gabenor Jeneral dengan nasihat Perdana Menteri |
Sistem pengundian Dewan Rakyat | |
Pilihan raya terakhir Dewan Rakyat | 19 Oktober 2015 |
Tempat persidangan | |
Blok Tengah, Bukit Parlimen Ottawa, Ontario | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Antara peranan gabenor jeneral adalah melantik 105 orang senator dengan nasihat perdana menteri, manakala 338 orang ahli Dewan Rakyat—dipanggil sebagai ahli parlimen (AP)—setiap daripada mereka mewakili satu daerah pilihan raya yang biasanya dikenali sebagai riding dan dipilih secara terus oleh para pengundi Kanada. Gabenor jeneral juga memanggil, memprog atau membubarkan parlimen (baginda ratu juga boleh berbuat demikian), dan ratu boleh memanggil untuk diadakan suatu pilihan raya umum.[ruj 2] Salah seorang daripada mereka juga akan membaca titah ucapan takhta. Parlimen terbaru, yang dipanggil oleh David Johnston pada 2015 adalah yang ke-42 sejak Konfederasi.