Parlimen Scotland
From Wikipedia, the free encyclopedia
Parlimen Scotland (Gaelik Scotland: Pàrlamaid na h-Alba; Scots: The Scots Pairlament)[3][4][5] ialah badan perundangan ekadewan bagi negara Scotland. Disebabkan ia terletak di kawasan Holyrood dekat ibu negara Edinburgh, ia sering kali dirujuk dengan kata gelar Holyrood.[6] Parlimen ini dipilih secara demokratik yang terdiri daripada 129 orang ahli yang dikenali sebagai Ahli Parlimen Scotland (MSP), dipilih untuk jangka masa empat tahun melalui sistem ahli tambahan: 73 MSP mewakili kawasan undi geografi individu yang dipilih melalui sistem kemajmukan ("pemenang undi terbanyak"), manakala 56 ahli daripada kawasan ahli tambahan, di mana setiap satunya memilih tujuh MSP.[7] Pilihan raya paling terkini bagi Parlimen ini telah diadakan pada 5 Mei 2016, dengan Parti Kebangsaan Scotland memenangi kemajmukan.
Parlimen Scotland ڤرليمن سکوتلند | |
---|---|
Pàrlamaid na h-Alba The Scots Pairlament | |
Parlimen Scotland ke-5 | |
Jenis | |
Jenis | Ekadewan |
Sejarah | |
Diasaskan | 12 Mei 1999 (1999-05-12) |
Kepimpinan | |
Pegawai Pengerusi | Ken Macintosh sejak 12 Mei 2016 |
Menteri Pertama | |
Ketua Pembangkang | Ruth Davidson, Konservatif sejak 11 Ogos 2020 |
Pemimpin Parti Pembangkang | Richard Leonard, BuruhPatrick Harvie, HijauWillie Rennie, Parti Demokrat Liberal |
Struktur | |
Ahli | 129 |
Kumpulan politik | Pemerintah (61):[1]
Parti Pembangkang (67):[1]
Pegawai Pengerusi (1):
|
Jawatankuasa | 16
|
Pilihan raya | |
Sistem pengundian | Sistem ahli tambahan |
Pilihan raya terakhir | 5 Mei 2016 |
Pilihan raya seterusnya | 6 Mei 2021 atau lebih awal[2] |
Tempat persidangan | |
Bangunan Parlimen Scotland, Edinburgh | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Parlimen Scotland yang asal merupakan badan perundangan kebangsaan bagi Negara Beraja Scotland yang merdeka dan wujud sejak awal abad ke-13 sehingga negara beraja itu bergabung dengan Negara Beraja England di bawah Akta Penyatuan 1707 untuk membentuk Negara Beraja Great Britain.[8] Dengan itu, kedua-dua Parlimen Scotland dan England tidak lagi wujud dan Parlimen Great Britain yang berada di Westminster di London telah dibentuk.[8]
Berikutan satu pungutan suara pada 1997, di mana pengundi-pengundi Scotland meilih untuk penurunan kuasa, Parlimen terkini diwujudkan melalui Akta Scotland 1998, yang menetapkan kuasanya sebagai badan perundangan penurunan. Akta itu menentukan kecekapan perundangan Parlimen – bidang di mana ia boleh membuat undang-undang – dengan jelas menyatakan kuasa yang "dikhaskan" kepada Parlimen United Kingdom. Parlimen Scotland mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di semua bidang yang tidak dikhaskan secara tersurat kepada Westminster.[9] Parlimen British mengekalkan keupayaan untuk meminda bidang rujukan Parlimen Scotland, dan boleh memperluas atau mengurangkan bidang di mana ia boleh membuat undang-undang.[ref 1] Sidang pertama untuk Parlimen baru telah diadakan pada 12 Mei 1999.[10]