Parti Komunis Persekutuan Rusia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Komunis Persekutuan Rusia (CPRF; Rusia: Коммунистическая Партия Российской Федерации; КПРФcode: ru is deprecated ; Kommunisticheskaya Partiya Rossiyskoy Federatsii, KPRF) ialah sebuah parti politik komunis dan Marxis–Leninis di Rusia. Parti ini kerap dipandang sebagai pengganti langsung Parti Komunis Kesatuan Soviet, yang telah diharamkan pada tahun 1991 oleh Presiden kemudiannya Boris Yeltsin. Parti ini juga merupakan parti politik kedua terbesar di Persekutuan Rusia selepas Rusia Bersatu. Persatuan pemuda parti ini ialah Liga Komunis Muda Leninis. Parti ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pusat.
Parti Komunis Persekutuan Rusia Коммунистическая Партия Российской Федерации | |
---|---|
Singkatan | CPRF atau KPRF |
Setiausaha pertama | Gennady Zyuganov |
Timbalan Setiausaha | Ivan Melnikov |
Pemimpin Parlimen | Gennady Zyuganov |
Calon presiden | Pavel Grudinin |
Diasaskan | 14 Februari 1993; 31 tahun yang lalu (1993-02-14) |
Didahului oleh | Parti Komunis Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia |
Ibu pejabat | Moscow, Rusia |
Akhbar | Pravda, lebih daripada 30 edisi wilayah |
Sayap belia | Liga Komunis Muda Leninis |
Keanggotaan (2015) | 160,000[1] |
Ideologi | Komunisme[2][3] Marxisme–Leninisme[3] Antiimperialisme[4] Sosialisme agraria[5] Nasionalisme jauh kiri[6] |
Kedudukan politik | Jauh kiri |
Penggabungan benua | Kesatuan Parti Komunis – Parti Komunis Kesatuan Soviet |
Penggabungan antarabangsa | Mesyuarat Antarabangsa Parti Komunis dan Pekerja Seminar Komunis Antarabangsa |
Warna | Merah |
Slogan | "Kaum buruh semua negeri, bersatulah!" |
Lagu parti | "Internationale" |
Kerusi di Duma Negara | 42 / 450 |
Kerusi di Majlis Persekutuan | 2 / 170 |
Gabenor | 2 / 85 |
Kerusi di Parlimen Wilayah | 334 / 3,928 |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
www | |
Politik Rusia Parti politik Pilihan raya |
CPRF ditubuhkan di Kongres Luar Biasa Kedua Congress Komunis Rusia pada 14 Februari 1993 sebagai pertubuhan pengganti Parti Komunis Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia. Setakat 2015[kemas kini], parti ini memiliki 160,000 orang ahli.[7] Matlamat yang dinyatakan oleh politik ini untuk menubuhkan bentuk sosialisme yang baru dan moden di Rusia.[8] Matlamat segera parti ini termasuk pemiliknegaraan sumber-sumber semula jadi, pertanian dan industri besar dalam rangka ekonomi campuran yang membenarkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana di sektor swasta.[9]