Pavlova
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pavlova (disebut [pav.lo.va], bahasa Māori: paherowa[1]) adalah pencuci mulut berasaskan meringue berkerak rangup dan isi dalam yang lembut ringan, biasanya ditaburi dengan buah-buahan dan krim putar.[2]. Ia dinamakan sempena Anna Pavlova, seorang penari balet dari Rusia.[3] sempena suatu lawatannya ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an.[2]
Pavlova | |
---|---|
Pavlova biasanya dihiasi dengan strawberi, buah markisa, kiwi dan krim | |
Eponim | Anna Pavlova ![]() |
Jenis | Pencuci mulut ![]() |
Jenis sajian | Pencuci mulut |
Tempat asal | New Zealand ![]() |
Kawasan/rantau | Australia dan New Zealand |
Bahan utama | Putih telur, gula kastor, buah |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Hidangan ini sangat popular dan diiktiraf kedua-dua penduduk Australia dan New Zealand yang sering menyajikan ia semasa perayaan dan percutian pada masa musim panas termasuk pada waktu Krismas (sepertimana yang lazim di iklim Hemisfera Selatan), namun ia juga dimakan sepanjang tahun di banyak tempat di Australia dan New Zealand.[2]
Muasal penciptaannya dipertelingkahkan hebat antara kedua-dua negara ini selama bertahun-tahun. Pada tahun 2008, Helen Leach menerbitkan The Pavlova Story: A Slice of New Zealand's Culinary History (Kisah Pavlova: Sehiris Sejarah Kulinari New Zealand) menghujahkan bahawa resipi paling awal diterbitkan di New Zealand.[2] Kajian kemudian oleh Andrew Wood dan Annabelle Utrecht mencadangkan pencuci mulut ini berasal dari Amerika Syarikat berdasarkan suatu hidangan Jerman sebelumnya.[4]