Sylver (SYstème de Lancement VERtical) adalah sebuah sistem pelancaran menegak (VLS) yang telah direka oleh DCNS dan diperkenalkan pada tahun 2001.[1] Pelancar ini didatangkan dalam beberapa versi, setiap satunya dibezakan oleh ketinggiannya. A-35 and A-43 telah dibangunkan untuk peluru berpandu permukaan ke udara jarak dekat, A-50 untuk pertahanan udara jarak jauh, dan pelancar A-70 untuk peluru berpandu jarak jauh seperti peluru berpandu krus serangan darat pelancaran dari laut seperti SCALP. Nombor-nombor ini merujuk kepada anggaran panjang peluru berpandu yang boleh dimuatkan ke dalamnya dalam unit desimeter, contohnya A-43 boleh menyimpan peluru berpandu sehingga 4.3 meter (14 ka 1 in) panjang sementara A-70 pula sehingga 7 meter (23 ka 0 in) panjang.

Pelancar Sylver Aster 15 yang dipasang pada pesawat pengangkut pesawat Charles de Gaulle

Pelancar ini didatangkan dengan modul lapan-sel, kecuali A-35 yang mana didapati dalam modul 4-sel. Setiap modul 8-sel memerlukan ruang dek seluas enam meter persegi (65 ka2). saiz dalam sel adalah 60 sentimeter (24 in) panjang dan 56 cm (22 in) lebar, dan setiap sel mempunyai lubang ekzosnya sendiri. Empat buah peluru berpandu Crotale NG (VT1) boleh dimuatkan ke dalam satu sel.

Kegunaan utama pelancar ini adalah untuk peluru berpandu Aster. Sylver, bersama-sama dengan Aster, merupakan komponen utama dalam sistem peperangan anti udara tentera laut, PAAMS. Apabila PAAMS digunakan, sehingga lapan buah peluru berpandu boleh dilancarkan dalam masa 10 saat.

Tentera Laut Perancis telah memulakan satu kajian untuk mengubah peluru berpandu krus SCALP EG agar dapat dilancarkan daripada Sylver. SCALP Naval akan memberi keupayaan untuk melakukan serangan darat seperti peluru berpandu Tomahawk milik A.S kepada Perancis.

Sistem Pelancaran Menegak Sylver[2]
A-35Mica VLCrotale VT1---
A-43Mica VLCrotale VT1Aster 15--
A-50Mica VLCrotale VT1Aster 15Aster 30-
A-70 --Aster 15Aster 30SCALP Naval

Spesifikasi

Grafik perbandingan

Unit asas Sylver VLS adalah sebuah modul 8-sel yang dipasang dengan dua baris sel peluru berpandu 22-inci yang mengelilingi saluran ekzos gas, dan spesifikasi untuk model-model berbeza adalah seperti di bawah:

Pelancar Peluru Berpandu Sylver
Model #PanjangLebarPanjang maks. peluru berpanduBerat
A-353.5 meter2.3 meter3.5 meter7 tan
A-434.3 meter2.3 meter4.3 meter7.5 tan
A-505.0 meter2.3 meter5.0 meter8 tan
A-70 7.0 meter2.3 meter7.0 meter12 tan

Kegunaan

Modul-modul Sistem Pelancaran Peluru Berpandu Menegak Sylver yang telah dipasang
A-35
A-43
A-50
A-70
Bendera tentera laut Algeria Tentera Laut Algeriakelas-Kalaat Béni Abbès1 x kapal amfibia pelbagai guna
2x
Bendera tentera laut Mesir Tentera Laut Mesirkelas-FREMM3 x frigat pelbagai guna
2x
(bekas milik Perancis)
2x
(2 x bekas milik Itali)
Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut PerancisCharles de Gaulle1 x kapal pengangkut pesawat nuklear
4x
Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut PerancisKelas FREMM6 x frigat pelbagai misi (versi ASW)
2x (pada 4 unit)
2x (pada 2 unit)
2x (kesemua 6 unit)
Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut PerancisKelas FREMM2 x frigat pelbagai misi (versi AAW)
4x
Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis kelas Horizon2 x pembinasa peperangan anti udara
6x
Bendera tentera laut Itali Tentera Laut ItaliKelas Horizon2 x pembinasa peperangan anti udara
6x
Bendera tentera laut Itali Tentera Laut ItaliCavour1 x kapal pengangkut pesawat ringan
4x
Bendera tentera laut Itali Tentera Laut ItaliKelas FREMM10 x frigat pelbagai misi
2x
Bendera tentera laut Itali Tentera Laut Itali kelas Paolo Thaon di Revel5 x frigat pelbagai misi
2x
Bendera tentera laut Singapura Angkatan Laut Republik Singapura kelas Formidable6 x frigat pelbagai misi
4x
Bendera tentera laut Maghribi Tentera Laut Diraja MaghribiKelas FREMM1 x frigat pelbagai misi
2x
Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut DirajaType 456 x pembinasa peperangan anti udara
6x
Bendera tentera laut Arab Saudi Tentera Laut Diraja Arab SaudiKelas Al Riyadh3 x frigat pelbagai misi
4x

Pengguna masa depan

 Itali

  • 2 x 8 Sylver VLS A50 akan digunakan pada kelas Paolo Thaon di Revel milik Tentera Laut Itali, versi penuh dan ringan+, lima buah kapal dipesan sehingga 5 November, 2015 dengan pentauliahan dijangka bermula pada tahun 2022

 Perancis

  • 2 x 8 Sylver A50 akan digunakan oleh Tentera Laut Perancis pada lima buah frigat kelas-Amiral Ronarc’h untuk peluru berpandu MBDA Aster 15/30.

 Malaysia

 Qatar

  • Sylver VLS A50 akan digunakan pada kapal-kapal Tentera Laut Emiriah Qatar (1 x 8 modul pada sebuah LPD dan 2 x 8 modul pada empat buah frigat), pesanan dibuat pada 16 Jun 2016 kepada Fincantieri dan pentauliahan bermula pada tahun 2022

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.