From Wikipedia, the free encyclopedia
Suatu perintah yang melarang penjualan, pembuatan, pengimportan, dan pengangkutan arak di Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: Prohibition "Pelarangan", juga diberi jolokan The Noble Experiment - "eksperimen mulia") dilaksanakan secara meluas oleh pemerintah persekutuan negara tersebut dari tahun 1920 hingga 1933. Tindakan ini merupakan hasil daripada penekanan dan penggiatan kuat oleh terhadap suatu gerakan kesederhanaan yang diketuai penganut Protestan desa dalam kedua-dua parti Demokrat dan Republikan disegerakkan oleh Liga Antibar (Anti-Saloon League). Senat Amerika Syarikat merumuskan Pemindaan Ke-18 pada 18 Disember 1917. Pemindaan ini diratifikasi pada 16 Januari 1919 setelah mendapat persetujuan 36 negeri persekutuan dan diberlakukan pada 16 Januari 1920; namun sejumlah badan legislatif negeri-negeri dalam kesatuan telah memberlakukan pelarangan ini secara peringkat setempat sebelum ratifikasi ini berlaku.
Meskipun undang-undang tersebut melarang penjualan alkohol, pemerintah persekutuan kurang bertindak dalam penegakan undang-undang ini. Pada 1925, terdapat 30,000 hingga 100,000 buah kelab speakeasy yang dicatatkan di Bandar Raya New York saja.[1] Pelarangan ini malah mengacaukan masyarakat dengan cara lain, mendorong perkembangan kegiatan jenayah bawah tanah yang bermaharajalela dengan meluasnya.[2] Perintah ini semakin dibenci selama berlanjutan Zaman Kemelesetan oleh penduduk di kota-kota besar, malah ia mengurangkan sumber pendapatan cukai untuk pemerintah sebagai mahsul atau sokongan kewangan negara.
Pada 22 Mac 1933, Presiden Franklin Roosevelt mengesahkan suatu pemindaan terhadap Undang-Undang Volstead bernama Undang-Undang Cullen-Harrison yang mengizinkan pembuatan dan penjualan beberapa jenis minuman beralkohol. Pelarangan secara total dihentikan oleh Pindaan Ke-21 kepada Perlembagaan Amerika Syarikat, yang membalikkan pindaan pemboleh, Pindaan Ke-18, pada 5 Disember 1933. Walau bagaimanapun, undang-undang pemindah baharu oleh pemerintah persekutuan masih melarang pembuatan arak sulingan tanpa memenuhi beberapa syarat lisensi lalu penghasilan arak untuk penggunaan persendirian tidak begitu menyenangkan lagi.[3]
Gerakan kesederhanaan (temperance movement) mula muncul sejak abad ke-18 di mana pihak yang terlibat dalam pergerakan ini menumpukan kepada pengehadan atau pengharaman pengambilan minuman beralkohol sebagai suatu keperluan mustahak - perkara ini paling diutamakan semasa zaman Revolusi Perindustrian di mana pekerja dikehendaki dalam keadaan sentiasa terjaga dan sedar akan persekitaran sekeliling untuk mengendalikan jentera berat dan boleh membahayakan jika tidak berhati-hati, aspek ini dipersetujui beberapa orang seperti Henry Ford dan S. S. Kresge. Benjamin Rush dalam pemerhatiannya sebagai seorang doktor melihat bahawa ketagihan kepada alkohol boleh membawa kepada penyakit yang menghilang keyakinan diri pesakit;[4]:109 dia sendiri menggesa ketua-ketua gereja setempat agar memujuk masyarakat ke arah penghindaran meminum arak.[5]:23 Malah, terdapat juga persatuan yang ditubuhkan bagi mengalakkan pengurangan kebergantungan kepada minuman keras ini dari di Connecticut (1789), Virginia (1800) dan New York (1808).[6]
Pergerakan ini semakin giat dengan tumpuan penuh para penggalak moral masyarakat (social moralism) pada tahun 1890-an.
Pada 18 November 1918, Kongres Amerika Syarikat meluluskan suatu "Akta Pelarangan Zaman Perang" (Wartime Prohibition Act) yang mengharamkan penjualan minuman keras dengan kandungan alkohol melebihi 1.28%[7] - ia merupakan tindakan lambat yang bertujuan menjimatkan bekalan bijiran senegara untuk para askar yang bertempur dalam Perang Dunia Pertama, namun suatu gencatan senjata yang ditandatangani pada 11 November 1918 lalu menamatkan perang ini. Akta tersebut berkuatkuasa pada 30 Jun 1919 dan dirasmikan pada 1 Julai 1919 (sehingga diberikan jolokan "Thirsty-First")[8][9]
Senat Amerika Syarikat merumuskan Pemindaan Ke-18 dalam Perlembagaan mereka pada 18 Disember 1917. Pemindaan ini diratifikasi pada 16 Januari 1919 setelah mendapat persetujuan daripada sebanyak 36 negeri persekutuan, pemindaan tersebut diratifikasikan pada 16 Januari 1919 sebelum diberlakukan setahun kemudian pada 17 Januari[10][11] dengan penguatkuasaan Akta Volstead.[12]
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.