Pembinasa Type 055
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pembinasa Type 055 (NATO/OSD Penjajap kelas-Renhai)[13] adalah sebuah kelas pembinasa peluru berpandu halimunan (penjajap peluru berpandu mengikut standard NATO/OSD) yang sedang dibina untuk Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China. Ia memiliki rekabentuk misi pelbagai; kombinasi penderia dan pensenjataannya mencadangkan peranan utama dalam peperangan anti udara, manakala keupayaannya peperangan anti kapal selamnya mpula mengatasi kapal tempur permukaan China sebelumnya.[14]
![]() Nanchang pada April 2021 | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Pembina: |
|
Pengguna: |
![]() |
Didahului oleh: | Type 052D |
Kos: | CN¥6 bilion (US$888 juta) per unit termasuk R&D (FY 2017)[1] |
Dibina: | 2014–kini[2] |
Dalam perkhidmatan: | 2020–kini[3] |
Dirancang: | 16[4] |
Aktif: | 3[5] |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: |
|
Sesaran: | 12-13,000 tan (muatan penuh)[6] |
Panjang: | 180 m (590 ka 7 in)[6] |
Lunas: | 20 m (65 ka 7 in)[6] |
Draught: | 6.6 m (21 ka 8 in)[2] |
Installed power: | |
Jana kuasa: | |
Halaju: | 30 knot (56 km/j; 35 mph)[2] |
Jarak: | 5,000 nmi (9,300 km)[2] |
Anak kapal: | 300+[8] |
Sistem penderia dan pemprosesan: | |
Peperangan elektronik & pengumpan: | sistem peperangan elektronik[9] |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | |
Kemudahan penerbangan: |
Type 055 dijangka akan melaksanakan misi-misi penjelajahan[15] dan akan membentuk kumpulan pengiring utama untuk kapal pengangkut pesawat China.[14]
Amerika Syarikat menggelaskan kapal kelas ini sebagai penjajap.[16] Tentera Laut Amerika Syarikat mentakrifkan sebuah penjajap sebagai sebuah kapal tempur permukaan besar dengan keupayaan misi-pelbagai;[17] Keadaan ini mencadangkan bahawa A.S. menjangka Type 055 akan melaksanakan peranan serupa dengan penjajap kelas-Ticonderoga.[14]