Penyembelihan Srebrenica merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai lelaki dan remaja lelaki Bosnia dan Herzegovina pada bulan Julai 1995 dalam daerah Srebrenica, oleh unit-unit Tentera Republika Srpska (VRS) di bawah arahan Jeneral Ratko Mladić, yang telahpun didapati bersalah kerana pembasmian kaum dan pelbagai jenayah perang lain di Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi Bekas Yugoslavia. Dengan anggaran seramai 7,000 mangsa, ia dianggap secara meluas sebagai pembunuhan terbesar di Eropah semenjak Perang Dunia II. Akibat bentuk kejadian ini, jumlah sebenar, butiran terperinci dan sebab kejadian masih menjadi pertikaian sehingga kini. Ia dianggap secara umum sebagai kejadian paling menakutkan dan kontrovesi dalam sejarah Eropah moden.
Fakta Segera Kejatuhan Srebrenica dan Žepa, Tarikh ...