From Wikipedia, the free encyclopedia
Pendiang (disebut [pĕn.di.ang], Jawi: ڤندياڠ) atau perapian (disebut [pĕr.'a.pi.an], Jawi: ڤراڤين; bahasa Inggeris: fireplace )[1] ialah sebuah struktur seni bina yang direka khusus membendung api pembakaran untuk tujuan pemanasan (baik untuk suhu dalaman seluruh isi rumah atau memanaskan air untuk tujuan pembersihan) atau memasak. Api dihasilkan dalam sebuah kotak api atau lubang bakar; lubang tersebut dihubungkan kepada suatu cerobong atau serombong yang menghalakan keluar gas dan ekzos zarahan yang terhasil.
Ia suatu ciri rumah utama dalam binaan yang wujud di kawasan bermusim sejuk, dengan nyala dan bunyi gemeretak boleh menenangkan hati, walaupun bila ia tidak diperlukan untuk. Mantel pendiang merupakan antara fokus untuk hiasan bahagian dalam rumah.
Setiap pendiang pada asasnya terdiri daripada dua bahagian utama iaitu serombong yang menyimpan bahan api serta menahan pembakaran daripada persekitaran luar.
Serombong (flue) bertujuan menadah dan menyimpan bahan api yang dibakar serta menumpukan haba hasil pembakaran tersebut ke serata isi rumah tanpa kemarakan api yang boleh membahayakan penghuni. Ia lazimnya diperbuat daripada batu keras yang ditukang, konkrit diperkukuhkan dengan batang keluli, mahupun paip besi.
Binaan pendiangan yang pelbagai akan menggunakan bahan api yang bersesuaian agar pembakaran di dalamnya cekap serta tidak menjejaskan keutuhan pendiangan. Pendiangan yang diperbuat daripada batu boleh membakar kayu, gas asli, biojisim dan propana. Pendiangan yang mempunyai binaan tertutup pula lebih cocok menggunakan bahan api berasaskan gel. propana cecair mahupun gas asli.
Pendiang boleh memiliki: asas, perdiangan, kotak api, mantel pendiang, pintu buang abu, kren serombong, pintu pembersihan, besi pengadang atau jeruji, ambang, palang atau balok ambang, atasmantel, dedada serombong, peredam, kebuk asap, leher, serombong, peparit serombong, mercu, tutup, litupan, atau penyekat percikan.
Alatan khusus untuk mengalihkan serta membersihkan perapian turut diperlukan seperti penyodok untuk mengeluarkan habuk pembakaran, hububan untuk meniupkan udara beroksigen kuat ke dalam perapian untuk memarakkan api serta penyepit untuk mengalihkan bahan yang sedang dibakar.
Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) dan Jabatan Ekologi Washington seringkali memperingatkan bahawa perapian banyak dikaji dapat menimbulkan risiko kesihatan yang serius.[2][3] Binaan sebegini terutamanya boleh membahayakan orang tertentu seperti anak-anak, warga tua, wanita hamil serta individu yang mempunyai masalah pernafasan akibat pendedahan kepada asap yang terkeluar.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.