Pengeboman kereta berani mati Aleppo 2017
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengeboman kereta berani mati berlaku pada 15 April 2017 berdekatan dengan konvoi bas-bas pemindahan keluar orang awam di perjiranan Al-Rashideen, di bahgaian barat Aleppo, Syria.[2] Bas-bas yang membawa penumpang tempatan dari wilayah Al-Fu'ah dan Kafriya. Pihak kerajaan mengawal wilayah Al-Fu'ah manakala wilayah Kafriya dikawal oleh kumpulan pemberontak.[3] Letupan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 126[4] including at least 80 children.[5]
Pengeboman kereta berani mati di Aleppo 2017 | |
---|---|
Sebahagian daripada Perang saudara di Syria | |
Lokasi | Daerah Al-Rashideen, barat Aleppo, Syria |
Koordinat | 36°10′10″N 37°03′24″E |
Tarikh | 15 April 2017 |
Senjata | Bom kereta |
Kematian | Sekurang-kurangnya seramai 126 orang [perlu rujukan][1] |
Tercedera | 55 orang [perlu rujukan] |
sunting · sunting di Wikidata |
Bas pemindahan orang awam ini adalah sebahagian daripada perjanjian yang dimeterai oleh kerajaan Syria, Iran, dan Qatar serta dilaksanakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Syria. Di bawah syarat-syarat perjanjian pemindahan tersebut, penduduk masyarakat Syiah di Al-Fu'ah dan Kafriya, yang menyokong kerajaan Syria dan dikawal selia oleh pihak tentera, akan dipindah masuk ke Aleppo. Sebagai balasan, penduduk Sunni di Madaya dan Al-Zabadani, yang menyokong pihak pembangkang, akan dipindahkan ke wilayah Idlib.[6][7] [8][6]