![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/11/Carles_Puigdemont_el_10_d%2527octubre_de_2017.jpg/640px-Carles_Puigdemont_el_10_d%2527octubre_de_2017.jpg&w=640&q=50)
Pengisytiharan Kemerdekaan Catalonia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengisytiharan Kemerdekaan Catalonia merupakan sebuah usul yang diluluskan oleh Parlimen Catalonia pada 27 Oktober 2017, yang mengisytiharkan kemerdekaan Catalonia dari Sepanyol dan penubuhan sebuah Republik Catalonia yang merdeka.
Pengisytiharan Kemerdekaan Catalonia | |
---|---|
![]() Presiden Catalonia, Carles Puigdemont menghadap sidang Parlimen Catalonia pada 10 Oktober 2017 | |
Tajuk asal | Declaració d'Independència de Catalunya ![]() |
Jenis | Pengisytiharan Kemerdekaan Sepihak, resolution ![]() |
Bahasa asal | Bahasa Catalonia ![]() |
Dibuat | 10 Oktober 2017 |
Disahkan | 27 Oktober 2017 (tidak diiktiraf) |
Negara | Sepanyol ![]() |
Pengarang | Parliament of Catalonia ![]() |
Penandatangan | Ahli Parliamen Catalonia yang mewakili parti-parti politik pro-kemerdekaan Catalonia |
Tujuan | Pengisytiharan unilateral kemerdekaan Catalonia sebagai sebuah republik berdaulat daripada Sepanyol |
Laman sesawang | |
Teks penuh | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Selepas berlangsungnya suatu pungutan suara mengenai kemerdekaan Catalonia yang berlangsung pada 1 Oktober 2017, satu dokumen yang menubuhkan Catalonia sebagai sebuah republik merdeka telah ditandatangani oleh anggota majoriti parlimen pro-kemerdekaan Catalonia pada 10 Oktober.[1][2][3] Dokumen yang sama kemudiannya diundi dan diluluskan pada 27 Oktober oleh majoriti 70 daripada 135 orang ahli Parlimen dalam sesi pleno (sepuluh menentang dan dua lagi berkecuali).
Lima puluh tiga orang ahli Parlimen dari pembangkang enggan hadir sewaktu berlakunya pengundian ini atas nasihat perkhidmatan undang-undang Parlimen Catalan kerana undang-undang berkenaan telah digantung oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol.[4][5]
Beberapa jam kemudian, Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy mengumumkan pemecatan Presiden Catalan, Carles Puigdemont dan kabinet pimpinannya serta mengumumkan pilihan raya Catalonia pada 21 Disember 2017.[6] Naib Presiden Catalonia, Soraya Sáenz de Santamaría telah dilantik untuk menjadi Presiden sementara Catalonia sehingga pilihan raya akan datang pada bulan Disember.[7]