Penjaga gol (bola sepak)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kedudukan penjaga gawang[1] atau penjaga gol (bahasa Inggeris: goalkeepercode: en is deprecated diringkaskan kepada keeper) dalam sukan bola sepak mewakili barisan akhir pertahanan antara serangan lawan dan gol pasukannya di hadapan gawang hujung sisi pasukannya sendiri.
Peranan utama kedudukan ini adalah untuk mempertahankan gol pasukannya dan juga lawan daripada menjaringkan gol. Penjaga juga adalah satu-satunya pemain yang dibenarkan untuk memegang bola dengan tangan atau lengannya dalam permainan terbuka. Setiap pasukan diwajibkan mempunyai satu penjaga gol di padang pada ketika semasa suatu perlawanan berlangsung. Jika penjaga terpaksa keluar disebabkan kecederaan atau dibuang padang, pemain lain mesti mengambil peranan berkenaan, walaupun pasukan tersebut tidak mempunyai penjaga gol gantian/atau sudah menggunakan kesemua penggantian yang diperuntukkan.
Pemegang posisi sering ditandakan dengan kependekan GK pada kad barisan mula, laporan perlawanan, dan sarikata TV; malah jersi nombor 1 biasanya dikhaskan kepada penjaga gol dalam sesebuah pasukan sekiranya sistem penomboran skuad tidak diamalkan.