Penjajap tempur kelas Kirov
From Wikipedia, the free encyclopedia
Penjajap (kruiser) tempur kelas-Kirov adalah sebuah kelas kapal perang berkuasa nuklear dari Tentera Laut Rusia. Ia merupakan kapal perang permukaan terbesar dan terberat (bukan dalam golongan kapal pengangkut pesawat atau kapal serangan amfibia) yang masih beroperasi di dunia. Antara kapal perang termoden, ia memiliki saiz kedua terbesar selepas kapal pengangkut pesawat, dan menyamai saiz bagi sebuah kapal tempur era Perang Dunia II. Designasi rasminya adalah "penjajap peluru berpandu berat berkuasa nuklear" (Rusia: тяжёлый атомный ракетный крейсер). Kapal ini sering dirujuk sebagai sebuah penjajap tempur oleh para peminat pertahanan barat di sebabkan saiz dan rupa luarannya.[3]
Penjajap tempur kelas Kirov, Frunze | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Pembina: | Limbungan Baltik, Leningrad |
Pengguna: | |
Dibina: | 1974–1998 |
Dalam perkhidmatan: | 1980–kini |
Dirancang: | 5 |
Disiapkan: | 4 |
Dibatalkan: | 1 |
Aktif: | 1 (1 dalam proses pemasangan semula) |
Dibaringkan: | 2 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Kruiser peluru berpandu berat /Kruiser tempur berkuasa nuklear |
Sesaran: |
|
Panjang: | 252 m (827 ka) |
Lunas: | 28.5 m (94 ka) |
Draft: | 9.1 m (30 ka) |
Jana kuasa: | |
Halaju: | 32 knot (59 km/j; 37 mph) |
Jarak: |
|
Anak kapal: | 710 anak kapal |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: | 2 × pelancar umpan PK-2 (400 buah roket) |
Persenjataan: |
|
Perisai: | 76 mm plat di sekeliling ruang reaktor, perlindungan splinter ringan |
Pesawat yang dibawa: | 3 x helikopter |
Kemudahan penerbangan: | Hangar di bawah dek |
Asalnya dibina untuk Tentera Laut Soviet, kelas ini dinamakan bersempena nama kapal pertama daripada empat buah kapal yang akan dibina, Kirov, telah dinamakan semula sebagai Admiral Ushakov pada tahun 1992. Rancangan asal untuk membina lima buah kapal, bagaimanapun kapal kelima dibatalkan. Di Rusia, kelas kapal ini biasanya dirujuk sebagai Projek 1144 Orlan (helang laut). Hanya sebuah Pyotr Velikiy yang kini masih beroperasi. Admiral Nakhimov dijangka akan memasuki semula perkhidmatan dengan Tentera Laut Rusia pada tahun 2021. Rusia telah merancang untuk mengaktifkan semula dua buah kapal menjelang tahun 2020,[2][4] tetapi laporan terkini mencadangkan bahawa reaktor di dalam Admiral Ushakov dan Admiral Lazarev berada di dalam keadaan yang teruk, dan kapal-kapal ini tidak boleh diaktifkan semula dengan selamat.[5][6]
Kemunculan kelas Kirov memainkan peranan penting dalam kerja-kerja pentauliahan semula kelas-Iowa oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1980-an.[7][8][9]
Rekabentuk badan Kirov juga telah digunakan untuk pembinaan kapal arahan SSV-33, Ural berkuasa nuklear.