Penyerangan Prague
From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyerangan Prague (Rusia: Пражская стратегическая наступательная операцияcode: ru is deprecated Serangan Strategik Prague) adalah operasi besar terakhir Soviet dalam Perang Dunia II di Eropah. Serangan, dan pertempuran untuk Prague, telah berlaku di Barisan Timur dari 6 Mei hingga 11 Mei 1945. Pertempuran untuk kotaraya itu amatlah tidak berbaloi kerana ia berakhir selepas Reich Ketiga menyerahkalah pada 8 Mei 1945. Pertempuran ini juga menarik perhatian kerana ia telah berlaku serentak dengan Pemberontakan Prague.
Penyerangan Prague | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Barisan Timur (Perang Dunia II) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kuasa Paksi:
|
Kuasa Bersekutu: Tentera Pembebasan Rusia | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Ferdinand Schörner Lothar Rendulic |
Ivan Konev Sergei Bunyachenko | ||||||
Kekuatan | |||||||
Kumpulan Tentera Darat Tengah: 600,000-650,000[2] Kumpulan Tentera Darat Ostmark: 430,000[3] 9,370[1] |
1,770,700[4] 18,000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Sejumlah 860,000 askar ditawan; selebihnya terbunuh, hilang dalam pertempuran, atau melarikan diri |
49,348[5] 300 |
Kotaraya Prague akhirnya telah dibebaskan oleh USSR semasa Penyerangan Prague. Kesemua askar Kumpulan Tentera Darat Tengah (Heeresgruppe Mitte) Jerman dan ramai askar Kumpulan Tentera Darat Ostmark (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Tentera Darat Selatan) telah terbunuh atau ditangkap, atau jatuh ke tangan pihak Bersekutu selepas perletakkan senjata.[lower-alpha 2] Perletakkan senjata Kumpulan Tentera Darat Tengah berlaku 9 hari selepas kejatuhan Berlin dan 3 hari selepas Hari Kemenangan di Eropah.