Peringkat kalah mati UEFA Euro 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Peringkat kalah mati UEFA Euro 2012 dijadualkan bermula pada 21 Jun 2012 dan tamat pada 1 Julai 2012 dengan perlawanan akhir di Stadium Olimpik di Kiev.[1] Setelah tamatnya peringkat berkumpulan pada 19 Jun 2012, lapan pasukan mara ke suku akhir (dua dari setiap kumpulan) yang dipertandingkan mulai 21 hingga 24 Jun 2012.[2] Pasukan-pasukan tuan rumah, Poland dan Ukraine gagal melayakkan diri ke suku akhir, maka inilah kali ketiga dalam sejarah Kejohanan Eropah yang mana tuan rumah gagal melepasi peringkat kumpulan; pada Euro 2000, tuan rumah bersama, Belgium tersingkir awal, dan pada Euro 2008, Austria dan Switzerland juga gagal layak ke suku akhir.