Perjanjian 20 Perkara Sabah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara, mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja.