Pertempuran Carrhae
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Carrhae tercetus pada tahun 53 SM antara Republik Rom dan Empayar Parthia dekat berhampiran kota purba Carrhae (kini Harran, Turki). Jeneral Parthia iaitu Surena secara muktamadnya telah menewaskan tentera Rom yang jauh lebih ramai di bawah pimpinan Marcus Licinius Crassus. Pertempuran tersebut dilihat sebagai pertempuran terawal dan terpenting dalam konflik antara Rom dan Parthia. Bahkan, pertempuran ini merupakan salah satu kekalahan paling teruk dihadapi oleh Rom sepanjang sejarah mereka.
Fakta Segera Tarikh, Lokasi ...
Pertempuran Carrhae | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Peperangan Rom-Parthia | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Republik Rom | Empayar Parthia | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Marcus Licinius Crassus † Publius Licinius Crassus † Gaius Cassius Longinus |
Surena Silaces | ||||||
Kekuatan | |||||||
28,000–35,000 legiun 4,000 kavalri 4,000 infantri ringan Jumlah: 36,000–43,000 tentera |
10,000 kavalri • 1,000 kataphract • 9,000 pemanah berkuda | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
20,000 terkorban[3] 10,000 ditawan | 38 kataphract[4] |
Tutup