![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/15/Eastern_Front_1941-06_to_1941-09.png/640px-Eastern_Front_1941-06_to_1941-09.png&w=640&q=50)
Pertempuran Kiev (1941)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Kiev Pertama adalah nama Jerman bagi operasi yang mengakibatkan tentera Soviet yang sangat besar terkepung di sekitar Kiev semasa Perang Dunia II. Pengepungan ini dianggap yang terbesar dalam sejarah peperangan (dari segi jumlah askar). Operasi ini berlangsung dari 7 Ogos hingga 26 September 1941 sebagai sebahagian daripada Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan tentera Paksi ke atas Soviet Union.[4] Didalam sejarah ketenteraan Soviet, ia dirujuk sebagai Operasi Pertahanan Strategik Kiev, dengan tarikh yang agak berbeza pada 7 Julai – 26 September 1941.[5]
Pertempuran Pertama Kiev | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Operasi Barbarossa di Barisan Timur dalam Perang Dunia II | |||||||||
![]() Barisan Timur pada masa Pertempuran Kiev | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
![]() |
![]() | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
500,000 | 627,000[1] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
66,320 anggota[lower-alpha 1]
|
Jumlah: 700,544[1] Terbunuh, ditawan atau hilang: 616,304 Cedera: 84,240 Musnah: 411 kereta kebal dan SPG,[3] 343 pesawat[3] |
Sebahagian besar Barisan Barat Daya Tentera Merah (Mikhail Kirponos) telah dikepung tetapi kumpulan-kumpulan kecil pasukan Tentera Merah berjaya melepaskan diri dari kelompok itu bersama-sama markas Marsyal Semyon Budyonny, Marsyal Semyon Timoshenko dan Komisar Nikita Khrushchev, beberapa hari selepas gerakan penutup Jerman bertemu di timur kota itu. Kirponos terperangkap dibelakang garisan Jerman dan terbunuh semasa cuba melolos keluar.
Pertempuran ini merupakan kekalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini buat Tentera Merah, mengatasi Pertempuran Białystok–Minsk pada Jun–Julai 1941. Pengepungan ini memerangkap 452,700 askar, 2,642 meriam dan mortar serta 64 kereta kebal, dari jumlah ini hampir 15,000 melepaskan dari pengepungan itu pada 2 Oktober. Barisan Barat Daya mengalami 700,544 kasualti, termasuk 616,304 terbunuh, ditawan atau hilang semasa pertempuran itu. Tentera Darat Ke-5, Ke-37, Ke-26, Ke-21 dan Ke-38, mengandungi 43 divisyen, telah hampir dimusnahkan dan Tentera Darat Ke-40 mengalami banyak kerugian. Seperti Barisan Barat sebelum ini, Barisan Barat Daya perlu dicipta semula dari awal.