From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam bidang kimia dan fizik atom, petala elektron atau juga dikenali sebagai tahap tenaga utama merujuk kepada orbit yang mempunyai elektron yang mengelilingi sesuatu nukleus atom. Petala yang terdekat dengan nukleus ialah "petala 1" (juga dikenali sebagai "petala K"), diikuti dengan "petala 2" (atau "petala L"), "petala 3" (atau "petala M") dan berikutnya. Petala elektron bersamaan dengan nombor kuantum utama (n = 1, 2, 3, 4 ...) atau dilabel mengikut huruf abjad dalam notasi sinaran X (K, L, M, …).
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Setiap petala elektron hanya mampu mengandungi bilangan elektron yang tetap. Petala elektron yang pertama mampu menampung dua elektron, petala elektron kedua mampu menampung lapan elektron (2 + 6), manakala petala yang ketiga menampung sehingga 18 (2 + 6 + 10) elektron dan berikutnya. Formula umum ialah petala elektron yang ke-n menampung sehingga 2(n2) elektron.[1] Elektron sesuatu atom kebiasaannya menampung petala luar seandainya elektron petala dalam penuh kerana elektron mempunyai daya tarikan elektrostatik terhadap nukleus. Namun demikian, prinsip ini tidak tetap kerana terdapat atom yang mempunyai dua atau tiga petala yang tidak penuh (prinsip Aufbau).[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.