ahli politik Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Peter Paul Montgomery Buttigieg[1] (/ˈbuːtədʒədʒ/ BOOT-ə-jəj;[lower-alpha 1][2][3] lahir 19 Januari 1982) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat dan bekas pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat yang berkhidmat semasa Perang di Afghanistan pada tahun 2014. Beliau merupakan Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat ke-19 dan terkini sejak 2 Februari 2021. Beliau pernah menyandang jawatan Datuk Bandar South Bend, Indiana ke-32 dari tahun 2012 hingga 2020.
Pete Buttigieg | |
---|---|
Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat ke-19 | |
Memegang jawatan 3 Februari 2021 | |
Presiden | Joe Biden |
Timbalan | Polly Trottenberg |
Didahului oleh | Elaine Chao |
Datuk Bandar South Bend ke-32 | |
Dalam jawatan 1 Januari 2012 – 1 Januari 2020 | |
Didahului oleh | Steve Luecke |
Digantikan oleh | James Mueller |
Butiran peribadi | |
Lahir | Peter Paul Montgomery Buttigieg 19 Januari 1982 South Bend, Indiana, A.S. |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Chasten Glezman (k. 2018) |
Ibu bapa |
|
Pendidikan | Universiti Harvard Kolej Pembroke, Oxford |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 2009–2017 |
Pangkat | Leftenan |
Unit | Rizab Tentera Laut Amerika Syarikat |
Pertempuran | Perang di Afghanistan |
Anugerah | Pingat Kepujian Perkhidmatan Bersama |
Pada April 2019, Buttigieg mencalonkan diri sebagai calon presiden pada pilihan raya 2020 bagi Demokrat tetapi menarik diri pada bulan Mac 2020.
Buttigieg ialah lulusan Kolej Harvard dan Universiti Oxford yang mengikuti pengajian di bawah program Beasiswa Rhodes. Beliau ialah perunding di firma perunding pengurusan McKinsey dari tahun 2007 hingga 2010.[4] Dari tahun 2009 hingga 2017, beliau ialah seorang pegawai perisikan di Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpangkat leftenan. Pada tahun 2014, beliau dimobilisasi dan dikerahkan ke Afghanistan selama tujuh bulan.
Sebelum mencalonkan diri, Buttigieg menguruskan kempen politik bagi ahli parti Demokrat yang lain seperti Jill Long Thompson, Joe Donnelly dan John Kerry. Buttigieg muncul sebagai gay pada tahun 2015.[5] Beliau menjadi orang gay pertama melancarkan kempen presiden. Walaupun pada awalnya harapannya rendah, beliau mendapat momentum yang signifikan pada pertengahan 2019 ketika beliau menyertai dalam beberapa mesyuarat balai kota dan perbahasan. Buttigieg berjaya memenangi kaukus Iowa dan menduduki tempat kedua di New Hampshire.[6][7][8] Dengan memenangi Iowa, beliau menjadi calon gay pertama yang memenangi pemilihan jawatan presiden atau kaukus. Buttigieg menarik diri pada 1 Mac 2020 dan menyokong Joe Biden pada hari berikutnya.[9]
Pada 15 Disember 2020, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa beliau telah mencalonkan Buttigieg untuk menjadi Setiausaha Pengangkutan.[10] Pencalonnya telah disahkan oleh Senat pada 2 Februari 2021 dengan 86 senator menyokong dan 13 senator menentang.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.