From Wikipedia, the free encyclopedia
Piagam Atlantik (ڤياݢم اتلنتيک) merupakan pengisytiharan yang dikeluarkan pada Ogos 1941. Piagam ini telah dirangka oleh Britain dan Amerika Syarikat dan ia kemudiannya diterima oleh semua pihak Berikat. Prinsip-prinsip dalam piagam ini ialah matlamat berlakunya peperangan; tiada perluasan wilayah; perubahan wilayah adalah atas kehendak rakyat; pemulihan pemerintahan sendiri yang telah dinafikan sebelum ini; hak dalam memperoleh bahan mentah dan pengurangan sekatan perdagangan; kerjasama global untuk menjamin keadaan ekonomi dan sosial yang lebih baik untuk semua; kebebasan dari rasa takut dan berkeinginan; kebebasan di laut; menghentikan amalan keganasan serta pelucutan senjata di seluruh dunia. Dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" pada 1 Januari 1942, pihak Berikat berikrar untuk mentaati prinsip-prinsip dalam piagam ini.
Piagam Atlantik ini menetapkan matlamat daripada pelan tindakan untuk dunia selepas peperangan. Maka, ia memberikan banyak inspirasi kepada lebih banyak perjanjian antarabangsa yang membentuk dunia. Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) misalnya terbentuk daripada piagam ini.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Piagam Atlantik. |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.