Wikisumber
perpustakaan dalam talian yang mengumpulkan bahan sumber kandungan terbuka From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Wikisumber (dalam bahasa Inggeris: Wikisource) merupakan sebuah perpustakaan digital dalam talian dengann kandungan sumber teks percuma berplatformkan wiki, yang dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia. Wikisumber merupakan nama projek secara keseluruhan, dan juga merupakan nama untuk setiap projek individu (dan setiap contoh projek individu tersebut biasanya mewakili setiap bahasa yang berbeza); pengumpulan laman Wikisumber dalam pelbagai bahasa inilah yang membentuk projek Wikisumber secara keseluruhannya. Matlamat projek ini adalah untuk mengehoskan semua bentuk teks percuma dalam banyak bahasa, serta padanan terjemahan yang berkaitan teks percuma itu. Pada asalnya, projek ini dianggap berfungsi sebagai arkib untuk menyimpan teks sejarah yang berguna atau penting, tetapi kini ia telah berkembang menjadi perpustakaan dengan kandungan umum. Projek ini secara rasminya bermula pada 24 November 2003, di bawah nama Project Sourceberg, yang merupakan nama terbitan daripada Project Gutenberg. Nama "Wikisource" ini telah diterima pakai pada tahun itu dan ia menerima nama domainnya sendiri.
Projek ini memegang karya yang sama ada dalam domain awam atau berkandungan bebas; yakni karya yang diterbitkan secara profesional atau dokumen sumber sejarah, bukannya karya saraan diri. Pengesahan dokumen pada mulanya dibuat di luar talian, atau dengan mempercayai sumber kandungan digital daripada perpustakaan yang tinggi kebolehpercayaannya. Kini karya-karya disokong oleh imbasan dalam talian melalui sambungan ProofreadPage, yang memastikan kebolehpercayaan dan ketepatan teks projek.
Sesetengah projek Wikisumber berbahasa individu yang mewakili sesuatu bahasa yang spesifik kini hanya membenarkan kerja disandarkan dengan imbasan sahaja. Walaupun sebahagian besar koleksinya adalah teks, Wikisumber secara keseluruhannya juga mempunyai kandungan media lain, termasuklah komik, filem dan buku audio. Sesetengah projek Wikisumber membenarkan anotasi yang dijana oleh pengguna, tertakluk kepada dasar khusus Wikisumber tertentu. Projek Wikisumber secara keseluruhannya telah mendapat kritikan kerana kurang kebolehpercayaan tetapi ia juga dipetik oleh organisasi seperti Arkib Negara dan Pentadbiran Rekod Amerika Syarikat.[3]
Sehingga Julai 2025, terdapat 79 bahasa dengan subdomain Wikisumber yang aktif[1] yang terdiri daripada sejumlah 6,522,754 rencana dan 2,487 penyunting aktif baru-baru ini.[4]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads