Piala FA Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala FA Malaysia ialah kejohanan bola sepak kalah mati kebangsaan tahunan di Malaysia. Piala ini mula dipertandingkan pada 1990, yang mana ianya diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum dipindahkan ke Bola Sepak Malaysia LLP (MFL) (kini dikenali sebagai Liga Bola Sepak Malaysia) pada musim 2016.
Fakta Segera Negara, Ditubuhkan ...
Negara | Malaysia |
---|---|
Ditubuhkan | 1990; 34 tahun yang lalu (1990) |
Bilangan pasukan | 59 (dari 2019) |
Piala domestik | Liga Juara-Juara AFC |
Juara semasa | Johor Darul Ta'zim (2023) |
Kejuaraan terbanyak | Selangor Kedah (Masing-masing 5 Trofi) |
Rakan TV | RTM Astro |
Tapak sesawang | www |
Musim 2023 |
Tutup
Piala ini dipertandingkan antara kelab dari Liga Super Malaysia dan Liga M3 Malaysia. Pemenang pertandingan dianugerahkan slot untuk bersaing dalam Piala AFC bersama juara Liga Super Malaysia. Pemegang gelaran semasa ialah Johor Darul Ta'zim, yang memenangi trofi ketiga mereka pada edisi 2023.