Piala Negara-Negara 2016
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Negara-Negara 2016 merupakan kejohanan bola sepak persahabatan tahunan bagi pasukan bola sepak negara di Asia yang dianjurkan oleh FAM dan dipromosikan oleh agensi sukan terkemuka, MP & Silva. Piala Negara-Negara melengkapi kalendar bola sepak antarabangsa semasa dengan menyediakan persaingan yang berkualiti tinggi dengan matlamat untuk mempromosikan sukan itu di rantau ini.[1]
Fakta Segera Perincian kejohanan, Negara tuan rumah ...
Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara tuan rumah | Malaysia |
Tarikh | 3–5 Jun |
Pasukan | 4 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 1 (di 1 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Thailand (Kejuaraan Ke-1) |
Naib Juara | Malaysia |
Tempat Ketiga | Vietnam |
Tempat Keempat | Singapura |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 4 |
Jaringan gol | 12 (3 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Shamie Iszuan (2 gol) |
Tutup
Kejohanan yang julung kali diadakan ini akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka, Malaysia pada 3 hingga 5 Jun 2016. Edisi pertama mempunyai empat pasukan bawah-21 dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan Asia Tenggara 2017.