Piala Sumbangsih 2024
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Sumbangsih 2024 merupakan edisi ke 39 bagi Piala Sumbangsih, sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1985. Perlawanan ini akan dimainkan antara Johor Darul Ta'zim, juara Liga Super 2023 dan Selangor, naib juara Liga Super 2023.
| |||||||
Kemenangan percuma[lower-alpha 1] | |||||||
Tarikh | 10 Mei 2024 (2024-05-10)[1][2] | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tempat | Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor | ||||||
← 2023 2025 → |
Perlawanan itu diadakan di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024. Ini adalah perlawanan pertama Liga Malaysia memperkenalkan sistem semakan pembantu pengadil video (VAR).[3] Johor Darul Ta'zim merupakan juara bertahan enam kali berturut-turut.
Pada 8 Mei 2024, Selangor mengumumkan penarikan diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih kerana kebimbangan keselamatan berikutan beberapa siri insiden jenayah dan ugutan yang melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan, termasuk pemain mereka, Faisal Halim, yang menjadi mangsa aktiviti jenayah dan mengalami lecur tahap-empat selepas disimbah dengan serangan asid.[4][5][6][7][8] Berikutan penarikan diri Selangor, perlawanan secara rasmi dibatalkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), dan Johor Darul Ta'zim telah dianugerahkan sebagai pemenang Piala Sumbangsih, dan akan diberi kemenangan percuma dengan keputusan 3–0.[9][10][11]
Johor Darul Ta'zim memenangi 3–0 menentang Selangor menerusi 'kemenangan percuma' bagi merangkul gelaran.[12]