Pilgrim
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pilgrim ([pil.grim], "Penziarah") ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada peneroka awal Koloni Plymouth yang sekarang dipanggil Plymouth, Massachusetts. Pemimpin mereka datang daripada pecahan mazhab Anglikanisme yang melarikan diri dari East Midlands, England ke Belanda atas kebimbangan bahawa mereka akan kehilangan identiti budaya sendiri. Mereka kemudian berhijrah ke Dunia Baru - yakni Amerika Utara - untuk mencuba nasib yang diharapkan melindungi mereka: mereka menumpang kapal Mayflower dari Southampton berlayar selama 66 hari sebelum berjaya menjejakkan kaki di benua baru ini pada tahun 1620. Koloni yang didirikan mereka ini penempatan tertua didiami bangsa Inggeris dan petempatan Inggeris yang kedua berjaya selepas Jamestown, Virginia, pada tahun 1607.
Kisah bagaimana golongan Pilgrim ini mencari kebebasan beragama menjadi tema penting dalam sejarah dan budaya Amerika Syarikat.[1]