Pisang kaki
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pisang kaki (Jawi: ڤيسڠ کاکي) dengan nama lainnya kesmak atau kesemak[1] ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa"[2]. Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwanra jingga kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu.[3] Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar".
Pisang Kaki | |
---|---|
Buah pisang kaki Amerika | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Asterids |
Order: | |
Keluarga: | Ebenaceae |
Genus: | Diospyros |
Spesies | |
Nama "pisang kaki" berasal dari perkataan kaki (柿code: ja is deprecated ) dalam bahasa Jepun.[4]
Di pasaraya Australia, buah ini dikenali sebagai Fuyu Fruit.