ketua negara Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Presiden Republik Singapura merupakan ketua negara Singapura yang dipilih oleh rakyatnya menerusi pilihan raya presiden sejak Ogos 1993. Sebelum ini, hanya Parlimen Singapura sahaja yang bertanggungjawab melantik Presiden.
Presiden Republik Singapura | |
---|---|
Bidang kuasa | Singapura |
Kediaman | Istana Negara Singapura |
Dilantik oleh | Presidential elections in Singapore (en) |
Penjawat sulung | Tun Dato Laila Utama Haji Yusof Ishak |
Dibentuk | 9 Ogos 1965 |
Tapak web | http://www.istana.gov.sg/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Presiden yang terpilih akan memegang jawatan selama enam tahun. Beliau mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan negara dan tidak menerima perlantikan seseorang dalam jawatan penting negara. Beliau juga diberi kuasa untuk memeriksa pemerintah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang keharmonian agama dan di dalam penyiasatan kes-kes rasuah. Beliau merupakan institusi bebas yang ditubuhkan untuk memeriksa pemerintahan yang kurang baik.
Sebuah Majlis Penasihat Presiden ditubuhkan untuk memberi nasihat dan saranan untuk membantu Presiden melaksanakan tanggungjawabnya. Presiden mesti meminta pandangan majlis untuk melakukan tugasnya, seperti meluluskan perlantikan pegawai awam dalam jawatan penting.
Presiden yang terkini adalah Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi pilihan raya presiden 2023.[1]
Pejabat Presiden ditubuhkan apabila Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.[2] Ia menggantikan pejabat Yang di-Pertuan Negara yang dicipta apabila Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri pada tahun 1959. Encik Yusof Ishak, Yang di-Pertuan Negara yang terakhir, sekaligus menjadi Presiden pada 9 Ogos 1965.
№ | Presiden | Tempoh mula memerintah | Tempoh akhir memerintah | Hari |
---|---|---|---|---|
1 | Tun Yusof bin Ishak[3] يوسف بن إسحاق (12 Ogos 1910 – 23 November 1970) |
9 Ogos 1965 | 23 November 1970 [n 1] |
1932 hari |
Ketika tempoh ini, Speaker Parlimen, Yeoh Ghim Seng, telah dilantik oleh Parlimen sebagai pemangku presiden sehingga 2 Januari 1971. | 40 hari | |||
2 | Benjamin Henry Sheares[3] (12 Ogos 1907 – 12 Mei 1981) |
2 Januari 1971 | 12 Mei 1981 [n 1] |
3783 hari |
Ketika tempoh ini, Speaker Yeoh Ghim Seng telah dilantik oleh Parlimen sebagai pemangku presiden sehingga 23 Oktober 1981. | 164 hari | |||
3 | Chengara Veetil Devan Nair[3] தேவன் நாயர் (5 Ogos 1923 – 6 Disember 2005) |
23 Oktober 1981 | 28 Mac 1985 [n 2] |
1252 hari |
Ketika tempoh ini, Ketua Hakim Singapura, Wee Chong Jin telah dilantik oleh Parlimen sebagai pemangku presiden sehingga 29 Mac apabila beliau digantikan oleh Speaker Parlimen Yeoh Ghim Seng hingga 2 September 1985. | 158 hari | |||
4 | Wee Kim Wee[3] 黄金辉 (4 November 1915 – 2 Mei 2005) |
2 September 1985 | 1 September 1993 [n 3] |
2921 hari |
5 | Ong Teng Cheong[3] 王鼎昌 (22 Januari 1936 – 8 Februari 2002) |
1 September 1993 | 31 Ogos 1999 | 2190 hari |
6 | Sellapan Ramanathan[4] செல்லப்பன் ராமநாதன் 纳丹 (3 Julai 1924 – 22 Ogos 2016) |
1 September 1999 [n 4] |
31 Ogos 2011 | 4382 hari |
7 | Tony Tan Keng Yam 陈庆炎 (lahir 7 Februari 1940) |
1 September 2011 | 31 Ogos 2017 | 2191 hari |
Ketika tempoh ini, J. Y. Pillay telah dilantik oleh Parlimen sebagai pemangku presiden sehingga 12 September 2017. | 11 hari | |||
8 | Halimah Yacob حليمة بنت يعقوب (lahir 23 Ogos 1954) |
14 September 2017 | 13 September 2023 | 2531 hari |
9 | Tharman Shanmugaratnam (lahir 25 Februari 1957) |
14 September 2023 | Kini | 340 hari |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.