From Wikipedia, the free encyclopedia
Pudina atau asa[2] merupakan sejenis tumbuhan herba dalam genus Mentha keluarga Lamiaceae.[1] Sebanyak 13 hingga 24 spesies berbeza dikirakan daripada genus ini.[3][1]
Pudina | |
---|---|
Mentha × piperita | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Asterids |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | Nepetoideae |
Tribus: | Mentheae |
Genus: | Mentha |
Spesies jenis | |
Mentha spicata | |
Sinonim[1] | |
|
Taburan spesies-spesies jenis pokok ini besar mencakup Eropah, Selatan Afirka, Asia, Australia, Oceania, Amerika Utara dan Amerika Selatan.[4] Pengacukan berlaku secara semula jadi apabila kawasan taburan dua spesies yang berbeza menindan.
Daun-daunnya mengandungi bahan mentol yang mencetuskan tindak balas kimia dan memberikan rasa nyaman apabila dihidu, dimakan atau disapu pada kulit.[5]
Nama pudina (Jawi: ڤودينا) dipinjamkan daripada perkataan Hindi: पुदीना, rumi: pudīna daripada kata-kata bahasa Parsi پودنه pudna atau پونه puna yang dipakai kepada spesies Mentha pulegium.[6]
Nama genus Mentha dijejak kepada kata bahasa Latin mentha atau menta,[7] daripada kata-kata μίνθα mintha, μίνθη minthē atau μίντη mintē dalam bahasa Yunani Purba yang dipakai kepada spesies Mentha × piperita.[8]
Setakat Disember 2020[kemas kini], Plants of the World Online telah menerima spesies-spesies berikut:[1]
Pokok spesies-spesies dalam genus pudina jenis tumbuhan saka herba. Ia mempunyai batang rayap yang muncul di atas dan bawah tanah[9] dan batang berdahan yang tegak dan bersegi.[10] Pokok pudina boleh tumbuh setinggi 10–120 sentimeter.
Daun-daunnya disusun bertentangan. Helai daunnya berbentuk bujur atau mata lembing, berbulu halus dan bertepi gerigi. Daun pokok boleh datang dalam warna hijau gelap dan hijau kekelabuan ke ungu, biru dan kadang-kadang kuning.[4]
Bunganya berwarna putih atau ungu dan muncul daripada bulir tinggi di ketiak daun.[11] Buahnya seperti kekeras yang mengandungi satu hingga empat biji benih.
Terdapat pelbagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya:
Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.