Puteri Helena dari United Kingdom
From Wikipedia, the free encyclopedia
Puteri Helena dari United Kingdom VA CI GCVO GBE RRC (Helena Augusta Victoria;[1] 25 Mei 1846 – 9 Jun 1923) merupakan puteri ketiga dan anakanda kelima kepada baginda berdua Ratu Victoria dengan Putera Albert.
Puteri Helena | |||||
---|---|---|---|---|---|
Puteri Christian dari Schleswig-Holstein | |||||
Keputeraan | (1846-05-25)25 Mei 1846 Istana Buckingham, London | ||||
Kemangkatan | 9 Jun 1923(1923-06-09) (umur 77) Rumah Schomberg, London | ||||
Pemakaman | 15 Jun 1923 Gereja Kecil St George, Istana kota Windsor 28 Oktober 1928 Tanah Makam Diraja, Frogmore | ||||
Pasangan | Puteri Christian dari Schleswig-Holstein (k. 1866; m. 1917) | ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Kerabat | Saxe-Coburg dan Gotha | ||||
Ayahanda | Putera Albert dari Saxe-Coburg dan Gotha | ||||
Bonda | Victoria, Ratu United Kingdom |
Puteri Helena telah dididik oleh guru-guru peribadi yang telah diperkenan dipilih oleh paduka ayahandanya dengan kawan rapat dan penasihat baginda putera, Baron Stockmar. Zaman kanak-kanaknya diluangkan bersama dengan paduka ayahanda dan bondanya, berangkat antara berbagai-bagai tempat persemayaman diraja di Britain. Suasana mesra kerabat diraja itu berakhir pada 14 Disember 1861, apabila paduka ayahandanya mangkat dan paduka bondanya memasuki tempoh perkabungan yang penuh perasaan. Pada awal tahun 1860-an, Puteri Helena mula main cinta dengan pustakawan Jerman Putera Albert, Carl Ruland. Walaupun sifat hubungan itu sebahagian besarnya tidak diketahui, surat-surat romantik Puteri Helena kepada Ruland terselamat.[2] Setelah baginda Ratu mengetahuinya pada tahun 1863, baginda berkenan memecat Ruland, yang kembali ke tempat asalnya Jerman. Tiga tahun kemudian, pada 5 Julai 1866, Puteri Helena berkahwin dengan putera Jerman Putera Christian dari Schleswig-Holstein. Pasangan ini tinggal di Britain, dalam jarak kunjungan dengan baginda Ratu, yang suka ada puteri-puterinya berdekatan, dan Puteri Helena bersama dengan adinda bongsunya, Puteri Beatrice, menjadi setiausaha tidak rasmi baginda Ratu. Walau bagaimanapun, selepas kemangkatan Ratu Victoria pada 22 Januari 1901, Puteri Helena agak kurang bertemu dengan adik-beradiknya yang masih hidup.
Puteri Helena merupakan ahli yang paling aktif dalam kerabat diraja, menjalankan banyak rancangan urusan diraja pada masa apabila kerabat diraja tidak dijangka kerap muncul di tempat awam. Baginda juga penaung amal yang aktif, dan salah satu ahli pengasas Palang Merah British. Baginda merupakan presiden pengasas Sekolah Jahitan Diraja, serta presiden Pertubuhan Jururawat Infirmari Rumah Kerja dengan Pertubuhan Jururawat British Diraja. Sebagai presiden kepada pertubuhan yang kedua itu, baginda merupakan penyokong kuat pendaftaran jururawat menentang nasihat Florence Nightingale.[3] Baginda menjadi ahli yang pertama dalam kerabatnya untuk merai ulang tahun perkahwinannya yang ke-50 pada tahun 1916, namun suaminya mangkat setahun kemudian. Puteri Helena hidup lebih lama daripada suaminya selama enam tahun, dan mangkat pada usia 77 tahun di Rumah Schomberg pada 9 Jun 1923.