From Wikipedia, the free encyclopedia
Panzerhaubitze 2000 ("Howitzer berperisai 2000"), ringkasnya PzH 2000, adalah sejenis howitzer gerak sendiri berkaliber 155mm yang dibangunkan oleh firma Krauss-Maffei Wegmann (KMW) dan Rheinmetall untuk Tentera Darat Jerman. PzH 2000 merupakan salah satu daripada sistem artileri konvensional paling berkuasa yang sedang diatur gerak. Ia diakui kerana memiliki kadar tembakan yang tinggi; di mana dalam jika digunakan dalam mod semburan, ia boleh menembak 3 butir peluru dalam masa 9 saat, 10 butir peluru dalam masa 56 saat, dan 10 ke 13 butir dalam masa seminit secara terus menerus, bergantung kepada kepanasan laras. [1]PzH 2000 memiliki sokongan automatik untuk MRSI (Multiple Rounds Simultaneous Impact) sehingga 5 butir peluru. Pengantian peluru akan dibuat secara automatik. Dua orang operator boleh memuatkan 60 peluru dan cas pendorongan dalam masa kurang dari 12 minit.
Panzerhaubitze 2000 | |
---|---|
Jenis | Artileri gerak sendiri |
Tempat asal | Jerman |
Sejarah perkhidmatan | |
Perang | Perang di Afghanistan |
Sejarah pengeluaran | |
Direka | 1996 |
Kos unit | AS$4.5 juta |
Dihasilkan | 1998 |
Spesifikasi | |
Berat | 55.3 tan (121,914 lbs) berat tempur |
Panjang | 11.7 m (38.4 kaki) |
Lebar | 3.6 m (11.8 kaki) |
Tinggi | 3.1 m (10.2 kaki) |
Krew | 5 (komander, pemandu, jurumeriam dan 2 juruisi) |
Senjata pertama | Meriam artileri Rheinmetall 155 mm L52 |
Senjata kedua | Mesingan Rheinmetall MG3 7.62 mm |
Enjin | MTU 881 Ka-500 986 hp (735.26 kW) |
Kuasa/berat | 17.83 hp/tan |
Sistem ampaian | bar kilasan |
Jarak operasi | 420 km (261 batu) |
Kelajuan | 60 km/j (37 bsj) |
PzH 2000 telah digunakan oleh Itali, Belanda dan Greece, dan kemungkinan lebih banyak pesanan dari negara-negara NATO bagi mengantikan howitzer M109.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.