R. Arumugam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk R. Arumugam, PJN, AMN; (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak legenda yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman" kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat muda. Beliau memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun di dalam pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971. Beliau mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia sebanyak sembilan kali.
Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Arumugam a/l Rengasamy | ||
Tarikh lahir | (1953-01-31)31 Januari 1953 | ||
Tempat lahir | Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia | ||
Tarikh kematian | 18 Disember 1988(1988-12-18) (umur 35) | ||
Tempat kematian | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | ||
Posisi permainan | Penjaga Gol | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1971-1988 | Selangor FA | 394 | (2) |
Pasukan kebangsaan | |||
1973-1986 | Malaysia | 196 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Januari 2007 |
Tutup