Raheem Sterling
From Wikipedia, the free encyclopedia
Raheem Shaquille Sterling (lahir 8 Disember 1994) merupakan seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai pemain tengah untuk Chelsea dan pasukan kebangsaan England. Dia menerima anugerah Golden Boy untuk tahun 2014 daripada panel wartawan sukan pan-Eropah, mengiktirafnya sebagai pemain bawah-21 terbaik yang bermain di Eropah. Kajian profesional 2015 oleh Soccerex meletakkannya sebagai pemain muda paling berharga di Eropah, dengan nilai €49 juta.[4][5]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Raheem Shaquille Sterling[1] | ||
Tarikh lahir | (1994-12-08) 8 Disember 1994 (umur 29)[2] | ||
Tempat lahir | Kingston, Jamaica | ||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 7 11⁄16 in)[3] | ||
Posisi permainan | Pemain sayap / Pemain tengah / Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Chelsea | ||
Nombor | 7 | ||
Kerjaya remaja | |||
2003–2010 | Queens Park Rangers | ||
2010–2012 | Liverpool | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2012–2015 | Liverpool | 95 | (18) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2009–2010 | England U16 | 9 | (1) |
2010–2011 | England B17 | 13 | (3) |
2012 | England B19 | 1 | (0) |
2012– | England B21 | 8 | (3) |
2012– | England | 82 | (20) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:31, 3 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:44, 10 Disember 2022 (UTC) |
Dilahirkan di Jamaica, Sterling berpindah ke London ketika berumur tujuh tahun dan memulakan kariernya bersama Queens Park Rangers sebelum menyertai Liverpool pada tahun 2010. Pada bulan Julai 2015, berikutan pertikaian yang panjang tentang kontrak baru, dia ditandatangani oleh Manchester City dengan perpindahan berpotensi bernilai £49 juta, perpindahan tertinggi untuk pemain Inggeris.
Dia mewakili England di peringkat bawah-16, bawah-17 dan bawah-21 sebelum bermain dengan pasukan senior kebangsaan pada bulan November 2012 dan beraksi ketika Piala Dunia FIFA 2014.