Rampasan kuasa
From Wikipedia, the free encyclopedia
"Kudeta" dilencongkan ke sini. Untuk siri drama TV Malaysia 2022 setajuk, lihat Kudeta (drama).
Rampasan kuasa atau kudeta[1] (daripada istilah iaitu "pukulan terhadap negara"[2]) ialah "penggulingan kekuasaan" suatu pemerintahan biasanya secara keras dan tiba-tiba oleh golongan dalam tertentu - selalunya tentera - dalam sebuah negara, dan akan digantikan dengan pemerintah lain, sama ada awam atau tentera.[3][4] Jika rampasan kuasa tersebut tidak berjaya sepenuhnya, ia mungkin menyebabkan perang saudara.
Pengungkapan situasi gawat dalam bahasa Perancis asalnya untuk menerangkan menggambarkan keadaan penumpasan kuasa perundangan oleh pihak eksekutif beberapa kali di negara Perancis terutamanya semasa insiden 18 Brumaire dilaksanakan Napoleon Bonaparte.[5]