Rengga
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rengga (disebut [réng.ga]; Jawi: ريڠݢcode: ms is deprecated atau رڠݢ),[1][2] rengka ([rĕng.ka], Jawi: رڠک),[3][2] baluh (Jawi: بالوه) atau beluhan (Jawi: بالوهن)[4] merupakan tempat duduk berkanopi yang disangga dengan empat batang kayu dan dipasang di atas belakang haiwan tunggangan seperti gajah, kerbau atau unta. Ia sering kali digunakan di masa lalu bagi membawa orang bangsawan untuk tujuan pengangkutan, memburu atau peperangan. Ia juga merupakan simbol kekayaan kepada pemiliknya, dan kerana itu sering dihias indah dengan permata yang mahal.
Perkataan "rengga" meminjam dari bahasa Jawa kuno rěngga "hiasan" serapan bahasa Sanskrit रङ्ग raṅga "warna".[5][6]