![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/53/Rex_Tillerson_official_portrait.jpg/640px-Rex_Tillerson_official_portrait.jpg&w=640&q=50)
Rex Tillerson
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rex Wayne Tillerson (lahir 23 Mac 1952) ialah seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dan Setiausaha Amerika Syarikat ke-69 bermula 1 Februari 2017 sehingga 31 Mac 2018. Beliau ialah pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ExxonMobil, syarikat kelima terbesar dari segi permodalan pasaran sehingga perletakan jawatannya pada 1 Januari 2017.
Rex Tillerson | |
---|---|
![]() | |
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-69 | |
Dalam jawatan 1 Februari 2017 – 31 Mac 2018[lower-alpha 1] | |
Presiden | Donald Trump |
Timbalan | John Sullivan |
Didahului oleh | John Kerry |
Digantikan oleh | Mike Pompeo |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rex Wayne Tillerson (1952-03-23) 23 Mac 1952 (umur 72) Wichita Falls, Texas, Amerika Syarikat |
Parti politik | Republikan |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Pendidikan | Universiti Texas, Austin |
Pekerjaan | CEO ExxonMobil (2006–2016) Presiden Persatuan Pengakap Lelaki Amerika Syarikat (2010–2012) |
Anugerah | Pengakap Helang (1965) Perintah Persahabatan Russia (2013) Anugerah Dewhurst (2017) |
Tillerson menyertai kabinet pentadbiran Donald Trump pada 1 Februari 2017. Trump bagaimanapun memecat Tillerson tidak lama kemudian pada 13 Mac 2018. serta manyatakan hasratnya mencalonkan pengarah Agensi Perisikan Pusat Mike Pompeo untuk mengga tikan beliau.[1] Penggal Tillerson berakhir pada 31 Mac 2018 dengan Naib Setiausaha Negara John Sullivan mengambil alih sebagai pemangku sehingga pengangkatan sumpah Pompeo.[2]