From Wikipedia, the free encyclopedia
Robert George Kardashian (22 Februari 1944 – 30 September 2003) merupakan seorang peguam bela dari Amerika Syarikat. Beliau dikenali atas penglibatannya membela O. J. Simpson, seorang atlet bola sepak Amerika dan pelakon terkenal, ketika Simpson didakwa atas tuduhan membunuh bekas isterinya, Nicole Brown Simpson, serta rakan Nicole, Ron Goldman.
Robert Kardashian | |
---|---|
Robert Kardashian smiles at the camera, dressed in a suit | |
Kelahiran | Robert George Kardashian 22 Februari 1944 Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | 30 September 2003 59) Los Angeles, California, A.S. | (umur
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Inglewood Park, California |
Kerakyatan | Amerika Syarikat |
Pendidikan | Dorsey High School, Los Angeles |
Pusat pendidikan | University of Southern California (BS) University of San Diego School of Law (JD) |
Pekerjaan |
|
Terkenal kerana | Kes pembunuhan O. J. Simpson |
Nilai bersih | $30 juta (2003)[1] |
Pasangan | Kris Houghton (k. 1978; div. 1991) Jan Ashley (k. 1998; ann. 1999) Ellen Pierson (k. 2003) |
Rakan kongsi domestik | Priscilla Presley (c. 1975; sep. 1976) Denice Halicki (c. 1991; sep. 1994) |
Anak-anak |
Robert lahir di Los Angeles, California. Beliau lahir kepada Hamas Shakarian dan Tatos Kardashian, seorang pekerja pengumpul sampah di kota tersebut .[2] Datuk dan nenek moyangnya, Saghatel ("Sam") dan Harom Kardaschoff, merupakan imigran bangsa Armenia penganut Kristian mazhab Prygun[3] dari Karakale, Oblast Kars, Empayar Rusia (kini Merkezkarakale di Provinsi Kars, Turki).
Beliau belajar di Susan Miller Dorsey High School serta melanjutkan pengajiannya di University of Southern California, di mana beliau lulus dengan ijazah sarjana sains dalam pentadbiran perniagaan.[4]
Beliau mengahwini Kris Kardashian (nama keluarga asal: Houghton, kemudiannya Jenner) pada tahun 1978; hubungan mereka menghasilkan empat orang anak iaitu Kourtney, Kimberly, Khloé dan Rob.[5] Robert dan Kris bercerai pada tahun 1991.[perlu rujukan]
Robert didiagnos kanser esofagus pada bulan Julai 2003. Beliau meninggal dua bulan kemudian pada 30 September 2003 ketika berusia 59 tahun.[6] Mayatnya disemadikan di Tanah Perkuburan Inglewood di Inglewood, California.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.