Rudy Giuliani
peguam, ahli perniagaan dan ahli politik Amerika Syarikat, bekas Datuk Bandar New York From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Rudolph William Louis "Rudy" Giuliani ([ˈruːdi ˌdʒuːliˈɑːni, sebutan terdekat ru.di ju.li.a.ni];[1] lahr 28 Mei 1944) ialah seorang peguam, usahawan dan ahli politik berbangsa Amerika Syarikat yang berasal dari New York. Beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York pada tahun 1994 hingga 2001.
Seorang ahli Demokrat dan bebas pada 1970-an, dan seorang ahli Republikan sejak 1980-an, Giuliani berkhidmat dalam Pejabat Peguam Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan New York, kemudian Peguam Negara. Beliau menjadi pendakwa dalam sebilangan kes terkemuka, termasuk kongsi gelap dan ahli kewangan Wall Street.
Giuliani berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York selama dua penggal. Beliau dikenang selama tempoh kerana melaksanakan inisiatif peningkatan taraf hidup warga kota dengan pengurangan kadar jenayah. Beliau bertanding untuk Senat Amerika Syarikat pada tahun 2000 tetapi menarik diri kerana didapati menghidap kanser prostat serta pendedahan tentang kehidupan peribadinya. Giuliani meraih perhatian dunia kerana kepimpinannya semasa dan selepas serangan pengganas ke atas World Trade Center pada 11 September 2001. Atas jasa itu, beliau dikurniakan pangkat kesatria kehormat oleh Ratu Elizabeth II pada 2002.
Setelah tamat khidmatnya sebagai, Giuliani mengasaskan Giuliani Partners, sebuah perniagaan rundingan keselamatan; membeli Giuliani Capital Advisors (kemudian dijual), sebuah firma perbankan pelaburan; dan menyertai firma guaman Bracewell & Giuliani. Giuliani bertanding untuk menjadi calon Parti Republika pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008. Sungguhpun menerajui tinjauan negara sepanjang tahun 2007, namun pencalonannya goyah pada akhir tahun; prestasi beliau kurang memberangsangkan dalam kokus dan primari pada Januari 2008 dan menarik diri daripada bertanding.
Beliau menyertai pasukan hakim mewakili Donald Trump pada 2018. Pada November 2020, beliau diamanahkan Trump untuk melaksanakan kes mencabar keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020 yang memenangkan Joe Biden.[2]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads