From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Use mdy dates
Rue McClanahan | |
---|---|
Kelahiran | Eddi-Rue McClanahan 21 Februari 1934 Healdton, Oklahoma, A.S |
Meninggal dunia | 3 Jun 2010 76) Manhattan, New York City, New York, A.S. | (umur
Sebab kematian | Hemorrhagia cerebral |
Pendidikan | Ardmore High School |
Pusat pendidikan | Universiti Tulsa |
Pekerjaan | Pelakon, penulis, pereka fesyen |
Tahun aktif | 1957–2010 |
Televisyen | Maude, Mama's Family, The Golden Girls, The Golden Palace |
Pasangan |
|
Eddi-Rue McClanahan (21 Februari 1934 – 3 Jun 2010) merupakan seorang pelakon drama dan komedi Amerika yang dikenali sebagai Blanche Devereaux menerusi The Golden Girls (1985–92), dan turut memenangi Anugerah Emmy pada tahun 1987.
McClanahan dilahirkan di Healdton, Oklahoma pada 21 Februari 1934.[1][2] Beliau merupakan anak kepada Dreda Rheua-Nell (née Medaris),[3] pakar kecantikan, dan William Edwin "Bill" McClanahan (4 Julai 1908 – 20 Februari 1999)[4] seorang kontraktor bangunan.[1][5][6]
Pada Jun 1997, McClanahan disahkan menghidap barah payu dara dan beliau telah mendapatkan rawatan untuk kembali pulih seperti biasa. [7]
Pada 14 November 2009, beliau dijadualkan untuk diberi penghormatan untuk pencapaian seumur hidup dalam acara "Golden: A Gala Tribute to Rue McClanahan" di Castro Theatre di San Francisco, California.[8] Acara itu terpaksa ditunda setelah McClanahan dimasukkan ke hospital. Beliau telah menjalani pembedahan pada 4 November. Pada 14 Januar2010, Entertainment Tonight mengumumkan McClanahan mengalami strok kecil.
McClanahan telah meninggal dunia pada 3 Jun 2010, di usia 76 tahun, di Hospital New York–Presbyterian setelah mengalami pendarahan dalam otak. [2][9][10][7][11] Setelah pembakaran mayat, abunya telah diserahkan kepada keluarganya.
Beliau telah meninggalkan suami hasil perkahwinan keenamnya, Morrow Wilson; dan seorang anak dari perkahwinan pertama, Mark Bish.
Tahun | Anugerah | Karya | Keputusan |
---|---|---|---|
1969 | Obie Award untuk Pelakon Wanita Terbaik | Who's Happy Now | Menang |
1986 | Golden Globe Award for Best Actress in a Comedy Series | The Golden Girls | Tercalon |
1986 | Emmy Award for Outstanding Lead Actress in a Comedy Series | Tercalon | |
1986 | Golden Apple Award untuk Female Star of the Year | Menang | |
1987 | Golden Globe Award for Best Actress in a Comedy Series | Tercalon | |
1987 | Emmy Award for Outstanding Lead Actress in a Comedy Series | Menang | |
1988 | Golden Globe Award for Best Actress in a Comedy Series | Tercalon | |
1988 | Emmy Award for Outstanding Lead Actress in a Comedy Series | Tercalon | |
1989 | Emmy Award for Outstanding Lead Actress in a Comedy Series | Tercalon | |
2003 | TV Land Award for Quintessential Non-traditional Family | Menang | |
2008 | TV Land Pop Culture Award | Menang |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.