From Wikipedia, the free encyclopedia
Miroslav Barnyashev (Bulgaria: Мирослав Барняшев, [miroˈslɑf bɑrˈnjɑʃɛf]; lahir 25 Disember 1984) merupakan seorang bekas ahli gusti profesional Bulgaria-Amerika yang terkenal dengan masanya bersama WWE, di mana beliau tampil dengan nama gelanggangnya iaitu Rusev (Bulgaria: Русев). Di WWE, beliau pernah menjadi Juara Amerika Syarikat sebanyak tiga kali,[3] serta ahli gusti Bulgaria pertama yang satu-satunya pernah bekerja untuk syarikat WWE.[2]
Rusev | |
---|---|
Nama lahir | Miroslav Barnyashev |
Lahir | Plovdiv, Bulgaria | 25 Disember 1984
Tempat tinggal | Nashville, Tennessee, United States |
Pasangan | Lana (k. 2016) |
Karier gusti profesional | |
Nama arena | Alexander Rusev[1] Miroslav[2] Miroslav Makarov[2] Rusev[3] |
Tinggi | 6 ka 0 in (183 cm)[3][4] |
Berat | 138 kg (304 lb)[3] |
Berasal dari | Bulgaria[5] Moscow, Russia[6] |
Dilatih oleh | FCW[1] Gangrel[4] NXT[3] Rikishi[4] |
Penampilan sulung | November 22, 2008 |
Rusev secara amnya telah memainkan watak sebagai orang asing dengan ciri-ciri penampilan yang jahat ke negara Amerika sejak penampilan pertamanya di WWE. Setelah jalan cerita bermula pada tahun 2017, beliau telah mengubah penampilan yang baru dengan menyatakan setiap hari sebagai "Hari Rusev" dan turut memulakan nyanyiannya sendiri. Oleh itu, beliau menjadi salah seorang ahli gusti WWE yang paling popular melalui interaksi orang ramai.[7][8][9]
Miroslav Barnyashev dilahirkan pada 25 Disember 1984,[10] di Plovdiv,[4] yang menjadi sebahagian dari Republik Rakyat Bulgaria. Beliau bersekolah di sekolah sukan dan bertanding dalam sukan mendayung dan angkat berat dalam kategori orang dewasa.[4]
Barnyashev mengahwini rakan artis WWE iaitu Catherine Perry, yang lebih dikenali sebagai Lana, pada 29 Julai 2016.[11][12] Mereka tinggal di Nashville, Tennessee. Barnyashev juga menjadi warganegara Amerika Syarikat pada 27 September 2019.[13]
Pada pertengahan tahun 2000, Barnyashev berhijrah dari Bulgaria ke Amerika Syarikat dengan bercita-cita untuk menjadi ahli gusti profesional. Beliau asalnya tinggal di Virginia,[4] sebelum berpindah ke Torrance, California, di mana beliau mula berlatih gusti di bawah ahli gusti veteran iaitu Gangrel dan Rikishi di Knokx Pro Wrestling Akademi.[1] [4] Barnyashev memulakan penampilan pertamanya di San Diego, California yang berpusat di New Wave Pro Wrestling pada 22 November 2008, dan nama gelenggangnya iaitu Miroslav Makaraov dengan mengalahkan Aerial Star.[14] Pada tahun 2010, Barnyashev berkunjung ke Santa Maria, California untuk menyertai gusti yang berpusat di California, Vendetta Pro Wrestling (VPW), serta memendekkan nama gelanggangnya kepada Miroslav. Semasa bergusti untuk Vendetta Pro Wrestling (VPW), beliau juga diurus oleh Markus Mac.[15]
Pada bulan September 2010, Barnyashev menandatangani kontrak gusti profesional World Wrestling Entertainment iaitu lebih dikenali (WWE). Beliau ditugaskan ke wilayah pengembangan WWE Florida Championship Wrestling (FCW) di Tampa, Florida, di mana beliau perlu membiasakan dirinya sebagai nama gelanggangnya iaitu Alexander Rusev.[1] Beliau bergusti dalam pertandingan telah disiarkan di kaca televisyen pertama kalinya pada episod FCW 17 Julai 2011, dengan mengalahkan Mike Dalton sambil dibimbing oleh Raquel Diaz.[16][17] Namun, tidak lama selepas memulakan penampilan pertamanya di FCW, Rusev telah mengalami kecederaan pada kedua-dua kakinya di bahagian ACL (Ligamen krusiat hadapan) dan juga pelapik lutut koyak. Oleh itu, beliau terpaksa menghabiskan masa selama enam bulan untuk membuat pemulihan.[4]
Rusev kembali ke FCW pada bulan Mac 2012 bersama Nick Rogers sebagai pengurusnya.[18] Pada musim panas 2012, Rusev telah mengalami kecederaan leher, sementara lengannya lumpuh. Semasa pemulihan, Beliau pergi ke Thailand untuk mempelajari seni mempertahankan diri Muay Thai.[4] Pada bulan Ogos 2012, WWE menjenamakan semula FCW sebagai NXT.[19]
Setelah lehernya sembuh, Rusev membuat penampilan pertamanya di televisyen NXT pada episod 30 Mei 2013, bertanding dalam perlawanan Battle Royal untuk menentukan pesaing nombor satu Kejuaraan NXT yang dimenangi oleh Bo Dallas.[20] Rusev bergusti dalam pertandingan perseorangan pertamanya pada edisi 21 Ogos NXT dan kalah kepada Dolph Ziggler.[21] Tidak lama selepas itu, Rusev membiasakan diri bersama Sylvester Lefort sebagai pengurusnya dan membentuk pasukan tag jangka pendek dengan Scott Dawson bernama "The Fighting Legionnaires"; mereka bertengkar dengan pasukan Enzo Amore dan Colin Cassady.[4][22][23][24] Pada episod 30 Oktober NXT, Rusev menamatkan hubungannya bersama Sylvester Lefort dengan menyerangnya semasa pertarungan pasukan.[25]
Rusev kemudian bersama dengan Lana sebagai "duta sosial" nya,[26] pasangan dibandingkan dengan WWE dengan Ivan dan Ludmilla Drago dari filem 1985 Rocky IV.[27] Dalam perlawanan yang dirakam sebelum didaftar sebagai penampilan utamanya,[28][29] Rusev mengalahkan ahli gusti utama seperti Kofi Kingston, Xavier Woods, dan Sin Cara dalam pertandingan perseorangan, yang disiarkan di NXT pada Januari dan Februari.[30][31][32] Rusev terus tampil secara berkala di NXT setelah mengikuti dalam senarai utama dalam WWE. pada April 2014, membuat penampilan terakhirnya pada 24 Julai, setelah hilang kelayakan menentang NXT Champion Adrian Neville dalam pertandingan tanpa gelaran.[33]
Rusev membuat penampilan pertamanya di Royal Rumble pada 26 Januari 2014, di mana beliau adalah peserta keenam dalam pertandingan Royal Rumble. Beliau disingkir oleh kerjasama sekumpulan ahli pengusti yang lain.[34][35] Setelah berbulan-bulan membuat video promosi dan ucapan oleh Rusev dan pengurusnya Lana,[36][37][38] Rusev kembali dalam pertarungan pada episod 7 April Raw, dimana beliau telah menewaskan Zack Ryder.[39] Pada bulan Mei, Rusev menyesuaikan dirinya sebagai gimik Russophillic, anti-Amerika yang umumnya dilihat sebagai pindah ke Rusia,[40][41][42][43] dan telah diberi nama "Pahlawan Persekutuan Rusia". Sudut ini membawa Barnyashev menjadi tidak disukai yang sah di negara asalnya Bulgaria. Pada bulan yang sama, nama gelanggangnya dipendekkan menjadi Rusev.[44] Selama beberapa bulan berikutnya, Rusev bertengkar dengan Xavier Woods dan R-Truth (yang dikalahkan oleh Rusev pada Extreme Rules dalam pertandingan handicap dua lawan satu) dan Big E (yang dikalahkannya di Payback dan di Money in the Bank),[45][46][47] Jack Swagger (yang dia kalahkan di Battleground dan sekali lagi di SummerSlam),[48][49] Mark Henry (yang dia kalahkan di Night of Champions)[50] dan Big Show (yang dia kalahkan di Hell in a Cell).[51] Lana mendedikasikan kemenangan Rusev kepada Presiden Rusia Vladimir Putin telah menarik perhatian dari akhbar arus perdana termasuk The Washington Post dan The Daily Beast. Kritikan terhadap rusev juga ditafsirkan sebagai merujuk kepada kemalangan Penerbangan Malaysia Airlines 17 sebelum pertandingan Rusev di Battleground dalam usaha menghasilkan reaksi negatif terhadap peminat.[40][52] Pada episod Raw Oktober 6, Rusev dan Lana dihadapkan oleh The Rock dalam penampilan yang mengejutkan, dengan The Rock mengusir Rusev dari gelanggang setelah pertukaran lisan.[53]
Pada 3 November, Rusev memperoleh kejuaraan gusti profesionalnya yang pertama dan juga menjadi juara kelahiran Bulgaria yang pertama dalam sejarah WWE ketika beliau memenangi Kejuaraan Amerika Syarikat daripada Sheamus dalam perlawanan Raw yang disiarkan di WWE Network. Rusev terus mengalahkan Sheamus dalam pertandingan semula melalui pengiraan keluar.[54] Di Survivor Series, Rusev bertanding dalam pertandingan 10-orang Survivor Series sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasa (Team Authority) tetapi beliau tersingkir dari perlawanan dengan pengiraan keluar.[55] Rusev dan Jack Swagger sekali lagi bertengkar pada bulan Disember, menyebabkan Rusev berjaya mempertahankan Kejuaraan Amerika Syarikat menentang Jack Swagger di TLC. Di Royal Rumble, Rusev memasuki pertandingan Rumble di nombor 15, menyingkirkan enam peserta lain dan menduduki tempat kedua keseluruhan.[56] Di Fastlane, Rusev juga berjaya mempertahankan Kejuaraan Amerika Syarikat dalam pertarungan dengan John Cena.[57][58] Seterusnya, beliau akhirnya kalah dalam Kejuaraan Amerika Syarikat kepada John Cena dalam pertandingan semula di WrestleMania 31 setelah salah komunikasi dengan Lana. Oleh itu, beliau mengakhiri kejuaraannya sebagai pemegang juara Amerika Syarikat dalam masa 146 hari dan ini menandakan kekalahan pertamanya di WWE.[59]
Rusev gagal merebut kembali kejuaraan Amerika Syarikat daripada John Cena pada bulan berikutnya di perlawanan Extreme Rules dalam peraturan "Rantaian Rusia". Semasa perlawanan, Lana mendapat reaksi positif dari orang ramai, yang menyebabkan Rusev membuangnya dari tepi gelanggang dan menjadi perselisihan antara mereka berdua.[60] Rusev sekali lagi tewas kepada John Cena di perlawanan Payback pada 17 Mei 2015, dalam peraturan "I Quit Match" setelah Lana mengakui perlawanan itu bagi pihaknya.[61] Pada episod Raw pada 18 Mei 2015, Rusev menamatkan hubungannya dengan Lana, yang menamparnya sebagai tindak balas.[62] Pada episod Raw 25 Mei, Rusev kembali ditagih dari Bulgaria dan mula membawa bendera Bulgaria ke tepi gelanggang. Pada petang yang sama, Rusev tidak berjaya berusaha untuk berdamai dengan Lana.[63] Tiga hari kemudian di SmackDown, Rusev mengalami patah kaki dalam pertarungan dengan Ryback, menjadikannya beliau tidak dapat bersaing dalam pertandingan Elimination Chamber untuk mengisi kekosongan Kejuaraan Intercontinental.[64] Walaupun cedera, Rusev masih muncul di kaca televisyen dan berusaha lebih jauh untuk berdamai dengan Lana. Lana kemudian memulakan hubungan jalan cerita dengan Dolph Ziggler, sementara Summer Rae memulakan sekutu bersama Rusev. Pada episod Raw Jun 29, Rusev dan Rae berhadapan dengan Lana dan Ziggler, yang menyebabkan pertengkaran antara Rae dan Lana.[65] Pada episod Raw 6 Julai, Rusev dan Rae sekali lagi berhadapan dengan pasangan itu, yang ternyata ia menjadi tipu muslihat. Rusev dengan ganas menyerang Dolph Ziggler dengan memukul menggunakan tongkat dan melepaskan pendakap pergelangan kakinya, ini menunjukkan tipu muslihat bahawa kecederaan kaki Rusev telah sembuh. Serangan itu mengakibatkan Dolph Ziggler mengalami lebam dalam jalan cerita yang mengakibatkan beliau tidak dapat beraksi dalam beberapa hari.[66][67]
Rusev membuat penampilan kembali ke gelanggang di SmackDown berikut, bergusti dengan memakai kasut untuk mengelakkan kecederaan kaki lebih lanjut, serta mengalahkan Fandango.[68] Pada episod Raw 13 Julai, Rusev menjawab cabaran terbuka Kejuaraan Amerika Syarikat oleh John Cena. Rusev kemudian diganggu oleh Kevin Owens dan Cesaro, yang juga menuntut gelaran kejuaraan Amerika Syarikat tersebut. Ini mengakibatkan pertandingan tiga ancaman, dimana pemenang akan menghadapi Cena, yang dimenang adalah Rusev setelah pin kiraan kepada Cesaro, ketika Kevin Owens telah meninggalkan pertandingan sejak awal. Setelah itu, Rusev mengalahkan Cena dengan hilang kelayakan, ketika Owens menyerang Rusev.[69] Pada episod SmackDown pada 16 Julai, Rusev mengalami kekalahan kali kedua ketika beliau dikalahkan oleh Cesaro dalam pertandingan perseorangan..[70] Pada episod 17 Ogos Raw, Ziggler kembali dan menyerang Rusev.[71] Pertengkaran ini mendorong pertandingan antara Rusev dan Ziggler di SummerSlam, yang berakhir dengan hitungan dua kali kerana gangguan dari Lana dan Rae, dan setelah pertandingan, Rusev dan Rae bertengkar dengan Ziggler dan Lana.[72] Pada episod Raw 5 Oktober, Rae melamar Rusev dalam jalan cerita, tetapi mengatakan Rusev tidak akan menikahinya sehingga beliau memenangi kejuaraan lain.[73] Pada 11 Oktober, TMZ melaporkan bahawa Rusev telah bertunang dengan Lana dalam kehidupan nyata.[74] Lana then confirmed the engagement[75] Lana kemudian mengesahkan pertunangan itu dan ia mula digunakan dalam jalan cerita di televisyen, yang mengakibatkan Rae memutuskan hubungan dengan Rusev dalam episod Raw pada 12 Oktober.[76] Seluruh jalan cerita yang beredar di sekitar perpecahan Rusev dan Lana mendapat ulasan yang sangat negatif, dengan banyak yang mendakwa jalan cerita tersebut merosakkan cara penampilan Rusev.[77] Pada episod acara utama episod 31 Oktober, Rusev telah cedera di bahagian bicepnya dalam pertandingan dengan Neville, mengakibatkan Neville memenangi pertandingan melalui penghentian pengadil dan Rusev tidak beraksi.[78]
Rusev kembali pada episod Raw pada 23 November, ketika beliau menyerang Roman Reigns. Dalam perlawanan antara Roman Reigns, Rusev dikalahkan dengan hilang kelayakan setelah Sheamus dan King Barrett menyerang Roman Reigns.[79] Seminggu kemudian, pada 30 November episod Raw, Lana kembali ke WWE, sekali lagi sebagai perwatakan penjahat, dan turut berdamai dengan Rusev semasa segmen dalam Miz TV. Pada malam yang sama, kedua-duanya bergabung bersama Sheamus dalam Liga Bangsa-Bangsa (The League of Nations).[80] Sepanjang bulan Disember, Rusev memulakan pertengkaran dengan Ryback dengan Lana memalsukan kecederaan untuk mengalihkan perhatian Ryback dan membantu Rusev memperoleh kelebihan. Di TLC, Rusev mengalahkan Ryback dengan teknik mengunci untuk mengakhiri pertengkaran tersebut.[81][82] Pada bulan November, Rusev bergabung dengan Sheamus, King Barrett dan Alberto Del Rio membentuk pasukan The League of Nations.[80] Pasukan itu menyesuaikan diri dengan Mr. McMahon dan akan terus menyasarkan WWE World Heavyweight Champion iaitu Roman Reigns paa ketika itu. Rusev telah memasuki pertandingan Royal Rumble di tempat nombor 2, tetapi beliau telah disingkirkan oleh Roman Reigns dalam masa satu setengah minit.[83] Pada episod 14 Mac Raw, Rusev dan Del Rio gagal memenangi WWE Tag Team Championship dari The New Day.[84] Di WrestleMania 32, Liga Bangsa-bangsa mengalahkan The New Day, tetapi setelah perlawanan berakhir, Liga Bangsa-Bangsa diserang oleh Mick Foley, Shawn Michaels dan Stone Cold Steve Austin.[85]
Pada 4 April dalam episod Raw, anggota Liga Bangsa-Bangsa iaitu Sheamus dan King Barrett telah kalah menentang The New Day untuk kejohanan WWE Tag Team Championship setelah Barrett di pin oleh Kofi Kingston, dan setelah perlawanan, Barrett diasingkan dari kumpulan yang disebut "pautan lemah", tetapi beberapa saat kemudian, Keluarga Wyatt (The Wyatt Family) terus menyerang sebahagian ahli Liga Bangsa-Bangsa (The League of Nations). Pada episod SmackDown pada 28 April, Rusev keluar dari Sheamus setelah Del Rio keluar dari mereka berdua sehingga membawa pembubaran Liga Bangsa-Bangsa tersebut.[86]
Pada episod Raw 2 Mei, Rusev memenangi perlawanan dalam Battle Royal sebagai peserta terakhir yang telah menyingkirkan Zack Ryder untuk menjadi pesaing No.1 Kejuaraan Amerika Syarikat.[87] Minggu berikutnya, beliau sebagai pesaing No.1 telah berjaya memenangi Kejuaraan Amerika Syarikat untuk kali kedua dengan mengalahkan Kalisto di Extreme Rules melalui teknik mengunci.[88] Rusev sekali lagi mengalahkannya kalisto dalam pertandingan semula di SmackDown pada minggu berikutnya.[89] Setelah itu, Rusev berhadapan dengan Titus O'Neil untuk mencabarnya dalam Kejuaraan Amerika Syarikat. Namun, Rusev mengalahkan Titus O'Neil di perlawanan Money in the Bank untuk berjaya mempertahankan gelaran tersebut.[90] Pada episod Raw 4 Julai, Rusev kemudiannya mempertahanankan gelarannya untuk kali ketiga setelah berjaya mengalahkan Cesaro[91] dan Titus O'Neil untuk mengekalkan gelarannya.[92] Rusev kemudian dicabar oleh Zack Ryder, dan sekali lagi beliau mengalahkan Zack Ryder di perlawanan Battleground untuk mempertahankan gelaran tersebut.[93] Dalam draf WWE 2016, Rusev, bersama dengan Lana, diserahkan kepada Raw dengan membawa Kejuaraan Amerika Syarikat bersamanya.[94] Pada episod 1 Ogos Raw, setelah Rusev mengalahkan Mark Henry untuk mempertahankan gelaran, Roman Reigns keluar untuk menghadapi Rusev.[95] Pada minggu berikutnya di Raw, lalu Roman Reigns mengganggu majlis ulang kahwin Rusev dan Lana, dan memberikan cabaran kepada Rusev untuk merebut gelaran Kejuaraan Amerika Syarikat. Namun, Rusev menolak cabaran tersebut dan keduanya bertengkar menyebabkan Lana jatuh ke dalam kek perkahwinan. Di belakang pentas, Mick Foley memberitahu Lana dan Rusev yang sedang marah bahawa Rusev akan mempertahankan gelaran kejuaraan Amerika Syarikat menentang Roman Reigns di perlawanan SummerSlam. Pada malam itu, Rusev berjaya mempertahankan gelaran itu dalam pertandingan mendadak menentang Cesaro, yang merasakan bahawa Cesaro juga harus mendapat peluang ke atas gelaran tersebut.[96] Di SummerSlam, pertandingan tidak dimulakan setelah Rusev menyerang secara mendadak keatas Roman Reigns sebelum loceng berbunyi dan keduanya bertengkar di luar gelanggang. Dengan itu, Rusev telah mengalami kecederaan tulang rusuk akibat pertengkaran dengan Roman Reigns.[97] Setelah membebankan peluang kepada Roman Reigns untuk menjadi pesaing No. 1 untuk Kejuaraan Universal.[98] Rusev harus mempertahankan Kejuaraan Amerika Syarikat menentang Roman Reigns dalam pertandingan di Clash of Champions. Namun, Rusev telah ditewaskan oleh Roman Reigns dan mengakhiri gelarannya selama 126 hari.[99] Rusev kemudiannya mendapat peluang dalam pertandingan semula di Hell in a Cell dengan Bayar-Per-Tonton, yang mana beliau gagal merebut semula gelaran tersebut daripada Roman Reigns.[100]
Pada episod 21 November Raw, setelah Rusev terkunci dari bilik persalinannya, Enzo Amore telah menemui Lana di lorong sebelum berhadapan dengan marah oleh Rusev. Rusev akan mencabar Enzo Amore pada perlawanan malam itu, dengan cepat mengalahkannya. Pada minggu berikutnya di Raw, Enzo Amore mengalahkan Rusev dengan kehilangan kelayakan. Di Roadblock: End of the Line, Rusev akan menghadapi rakan tag Enzo Amore iaitu Big Cass dan mengalahkannya dengan hitungan pin. Malam berikutnya di Raw, Rusev akan menghadapi Big Cass sekali lagi, kali ini mengalahkannya dengan hilang kelayakan. Pada malam yang sama, Enzo Amore harus mengikuti latihan kepekaan dari kejadian pada episod Raw pada 21 November. Semasa latihan, Amore diserang oleh Rusev dan sekutunya yang baru, Jinder Mahal. Pada episod Raw 2 Januari 2017, Rusev bekerjasama dengan Mahal dalam pertandingan handicap 2-on-1, mengalahkan Big Cass. Di Royal Rumble, Rusev akan memasuki pertandingan Rumble di nombor lapan belas, berlangsung lebih dari 20 minit sebelum disingkirkan oleh Goldberg. Pada episod 27 Februari Raw, Rusev dan Jinder Mahal mula menunjukkan ketegangan setelah Rusev secara tidak sengaja mengalihkan perhatian Mahal, menyebabkan keduanya kalah kepada pasukan The New Day.[101] Di Fastlane, pengurus besar Mick Foley meletakkan Rusev dan Jinder Mahal dalam pertandingan perseorangan pada malam itu setelah Jinder Mahal menyatakan keinginannya untuk kembali ke pertandingan perseorangan. Rusev dan Jinder Mahal kedua-duanya kalah dalam perlawanan masing-masing menentang Big Show dan Cesaro.[102] Pada minggu seterusnya, Rusev dan Lana hilang dari kaca televisyen berikutan Rusev memerlukan pembedahan dan pemulihan akibat daripada kecederaan dialami.[103]
Pada 11 April, Rusev dipindahkan ke jenama SmackDown sebagai sebahagian daripada Superstar Shake-up.[104] Pada episod 25 April SmackDown, Rusev membuat penampilan pertamanya di pengaturcaraan WWE sejak Fastlane, muncul melalui satelit, dan menyatakan bahawa dia tidak akan membuat penampilannya di SmackDown kecuali dia diberi peluang dalam pertandingan Kejuaraan WWE di Money in the Bank pada 18 Jun. Permintaan beliau tidak dikabulkan, tetapi pada episod SmackDown pada 4 Julai, dia membuat penampilan pertamanya untuk jenama itu dan berhadapan dengan John Cena yang kembali mengadakan pertandingan bendera untuk perlawanan di Battleground.[105] Dalam perlawanan tersebut, Rusev tewas kepada John Cena.[106]
Pada bulan Ogos, Rusev memulakan pertengkaran dengan Randy Orton dan Rusev dikalahkan oleh Randy Orton di SummerSlam dalam masa 10 saat.[107] Pada episod 19 September SmackDown, Rusev membalas dendamnya dengan menewaskan Randy Orton pada masa yang sama, setelah diganggu oleh Aiden English.[108] Tidak lama kemudian, Rusev mengambil watak baru dimana dia akan menyatakan bahawa setiap hari adalah "Hari Rusev".[109][110] Tindakan Rusev menjadi watak baru menjadi sangat popular dan mendapat sambutan baik dari kalangan peminat, walaupun pada hakikatnya Rusev memainkan watak jahat.[7][9] Di perlawanan Hell in a Cell pada 9 Oktober, Rusev ditewaskan oleh Randy Orton sekali lagi sehingga mengakhiri pertengkaran mereka.[111]
Selepas pertengkaran dengan Randy Orton, Rusev memulakan pasukan bersama dengan Aiden English, dengan kedua-duanya mengambil bahagian dalam pertandingan pasukan tag empat arah maut (Fatal Four-way match) untuk SmackDown dalam Kejuaraan Pasukan Tag di Clash of Champions pada bulan Disember yang juga melibatkan The New Day, Chad Gable dan Shelton Benjamin dan pasukan juara iaitu The Usos,[112] keputusannya masih kekal gelaran juara oleh The Usos.[113] Rusev memasuki pertandingan Royal Rumble 2018 pada 28 Januari sebagai peserta pertama, berlangsung lebih dari 30 minit sebelum disingkirkan oleh Bray Wyatt dan Matt Hardy.[114] Pada episod 27 Mac SmackDown, Rusev bekerjasama dengan Jinder Mahal untuk mengalahkan Bobby Roode dan Randy Orton, menambahkannya tiket ke pertandingan Kejuaraan Amerika Syarikat di WrestleMania 34.[115][116] Dalam pertandingan itu, Rusev dipin oleh Jinder Mahal dan membolehkan Jinder Mahal digelar sebagai Juara Amerika Syarikat. Pada acara Greatest Royal Rumble, Rusev menghadapi The Undertaker dalam perlawanan Casket dan dilihat Rusev dikalahkan oleh The Undertaker.[117] Pada episod SmackDown 8 Mei, Rusev mengalahkan Daniel Bryan untuk melayakkan diri dalam pertandingan tangga Wang kategori lelaki dalam perlawanan Money in the Bank.[118] Dalam kejohanan Money In The Bank, Braun Strowman telah memenangi pertandingan tersebut.[119] Pada episod SmackDown berikut, Rusev memenangi pertandingan Gauntlet untuk menjadi pesaing nombor satu untuk Kejuaraan WWE iaitu AJ Styles di Extreme Rules.[120] Dalam pertandingan itu, beliau gagal untuk merebut kejuaraan WWE daripada Aj Styles.[121]
Pada bulan Julai, Rusev Day memulakan pertengkaran dengan Andrade "Cien" Almas dan Zelina Vega, sehingga menjadikan perwatakan baik untuk pertama kalinya dalam karier Rusev. Rusev dan Lana telah kalah dalam pertandingan pasukan tag campuran kepada Cien Almas dan Zelina Vega di SummerSlam, tetapi mengalahkan mereka dalam pertandingan semula pada episod 21 Ogos SmackDown.[122][123] Di perlawanan Hell in a Cell, Rusev dan Aiden English tidak berjaya menghadapi The New Day untuk Kejohanan Pasukan Tag SmackDown.[124] Pada episod SmackDown berikut, Aiden English menyerang Rusev, mengakhiri persekutuan mereka.[125] Aiden English kemudiannya mengaku telah curang dengan Lana,[126] yang membawa kenyataan ini kepada perlawanan SmackDown ke episod 23 Oktober, dimana Rusev mengalahkan Aiden English dan mengakhiri pertengkaran mereka.[127]
Setelah gagal menjuarai Kejuaraan Amerika Syarikat dari Shinsuke Nakamura di perlawanan Crown Jewel,[128] Rusev akhirnya berjaya merebut Kejuaraan Amerika Syarikat daripada Shinsuke Nakamura untuk ketiga kalinya dalam kariernya dalam episod ke 25 Disember SmackDown.[129] Pada 27 Januari 2019, beliau telah tewas dan kehilangan gelaran dalam Kejuaraan Amerika Syarikat kepada Shinsuke Nakamura pada perlawanan Royal Rumble.[130] Dua hari kemudian di SmackDown Live, Rusev berhadapan dengan R-Truth, yang baru saja mengalahkan Shinsuke Nakamura untuk Kejuaraan Amerika Syarikat, dan mendorongnya untuk mempertahankan gelarannya yang baru dimenangkannya, tetapi R-Truth berjaya mempertahankan gelaran tersebut. Selepas perlawanan, Shinsuke Nakamura menyerang R-Truth, dan Rusev menyertainya dalam menyerang R-Truth, sehingga membentuk pasukan tag bersama Shinsuke Nakamura.[131] Dalam perlawanan di Fastlane, Rusev dan Shinsuke Nakamura telah dikalahkan oleh pasukan The New Day.[132] Di WrestleMania 35, Shinsuke Nakamura dan Rusev bersaing dalam pertandingan pasukan tag untuk Kejuaraan Pasukan Tag SmackDown, namun mereka tetapi tidak berjaya.[133] Rusev bertanding dalam pertempuran 51 orang di Super ShowDown, tetapi juga gagal untuk menang.[134] Selepas mengikuti perlawanan Super ShowDown, Rusev memulakan cuti dari WWE.[135]
Rusev kembali pada episod Raw pada 16 September[136] dan terlibat dalam jalan cerita dimana Lana curang dengan Bobby Lashley.[137] Mencari jawapan untuk ketidaksetiaan Lana, Lana menuduh Rusev sebagai ketagihan seks[138] kepadanya yang menyebabkan kedua mereka bercerai dalam episod Raw 9 Disember, di mana Rusev diserang oleh Bobby Lashley.[139] Pada perlawanan TLC: Tables, Ladders & Chairs pada 15 Disember, Rusev ditewaskan oleh Bobby Lashley dalam pertandingan meja, berikutan gangguan dari Lana.[140] Pada 13 Januari 2020 episod Raw, Bobby Lashley mengalahkan Rusev dalam pertandingan perseorangan berikutan gangguan dari Lana dan Liv Morgan, setelah perlawanan itu, perlawanan pasukan tag campuran dijadualkan antara pasukan Rusev/Morgan dan Lana/Lashley.[141] Pasukan tag campuran Rusev dan Liv Morgan telah dikalahkan oleh Lana dan Booby Lashley dalam episod Raw pada 20 Januari.[142] Pada episod 17 Februari Raw, Rusev bekerjasama dengan Humberto Carrillo untuk menentang Booby Lashley dan Angel Garza, tetapi Rusev dan Humberto Carrilo tewas dalam perlawanan tersebut.[143] Ini akan menjadi penampilan terakhir Rusev di WWE.
Pada 15 April 2020, Rusev dilepaskan dari kontrak WWE sebagai sebahagian dalam pemotongan bajet yang berpunca daripada Pandemik COVID-19.[144]
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2016 | Countdown | Dirinya | |
2016 | Scooby-Doo! and WWE: Curse of the Speed Demon | Dirinya | Suara |
2018 | Another Version Of You | Kiril | Bekas Teman Lelaki Gwyneth |
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2016–2019 | Total Divas | Dirinya | Recurring (Sesi 6–8) |
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2015–2020 | UpUpDownDown | Dirinya/Tong Po | Penampilan biasa |
2016 | Sisters the Series | Teman Lelaki | 1 episod |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.