![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0c/Ruud_Gullit_2012.jpg/640px-Ruud_Gullit_2012.jpg&w=640&q=50)
Ruud Gullit
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ruud Gullit OON (Sebutan Belanda: [ˈryt ˈxɵlɪt] ( listen);[2] (lahir pada 1 September 1962) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda yang aktif pada era 1980-an dan 1990-an. Beliau bermain di posisi pemain tengah atau penyerang. Beliau mengetuai pasukan kebangsaan Belanda yang merangkul kejuaraaan Euro 1988 dan beliau turut mewakili negaranya ke Piala Dunia 1990 dan Euro 1992.
![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Ruud Gullit | ||
Tarikh lahir | (1962-09-01) 1 September 1962 (umur 61) | ||
Tempat lahir | Amsterdam, Belanda | ||
Ketinggian | 1.90 m (6 ka 3 in)[1] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah / Penyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
1967–1975 | ASV Meerboys | ||
1975–1979 | DWS | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1979–1982 | HFC Haarlem | 91 | (32) |
1982–1985 | Feyenoord | 85 | (30) |
1985–1987 | PSV | 68 | (46) |
1987–1993 | Milan | 117 | (35) |
1993–1994 | Sampdoria | 31 | (15) |
1994 | Milan | 8 | (3) |
1994–1995 | Sampdoria | 22 | (9) |
1995–1998 | Chelsea | 49 | (4) |
Jumlah | 465 | (175) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1979 | Belanda B21 | 4 | (1) |
1981–1994 | Belanda | 66 | (17) |
Pasukan diurus | |||
1996–1998 | Chelsea (pemain-pengurus) | ||
1998–1999 | Newcastle United | ||
2004–2005 | Feyenoord | ||
2007–2008 | Los Angeles Galaxy | ||
2011 | Terek Grozny | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Di peringkat kelab, beliau berpindah ke Milan dari PSV Eindhoven pada 1987 menjadi rekod perpindahan dunia.[3] Beliau membentuk trio Belanda di Milan bersama Marco van Basten dan Frank Rijkaard. Gullit meraih tiga gelaran Serie A dan dua trofi Piala Eropah bersama Milan. Pada 1996, beliau berpindah ke Chelsea dan setahun kemudian, beliau memainkan peranan sebagai pemain-pengurus. Pada musim debutnya di Chelsea, beliau membawa pasukannya merangkul Piala FA Inggeris, kejuaraan pertama Chelsea dalam masa 26 tahun. Pada masa yang sama, beliau menjadi pengurus bukan England pertama yang meraih Piala FA.
Gullit dinobatkan Ballon d'Or pada 1987 dan Pemain Terbaik World Soccer pada 1987 dan 1989. Beliau biasanya diletakkan di posisi pemain tengah menyerang,[4] serta serba boleh bermain di beberapa posisi sepanjang kariernya. Pada 2004, beliau tersenarai dalam FIFA 100 iaitu 125 pemain terhebat yang dipilih Pelé untuk meraikan ulang tahun FIFA ke-100.