SM Mall of Asia
From Wikipedia, the free encyclopedia
SM Mall of Asia, juga disingkat sebagai SM MoA atau secara sederhana MoA, ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Bay City, Pasay, Filipina, berdekatan SM Central Business Park, Teluk Manila, dan di hujung selatan Jalan Raya Epifanio de los Santos (EDSA).
Lokasi | Bay City, Pasay, Filipina |
---|---|
Koordinat | 14°32′6.24″N 120°58′55.75″E |
Alamat | Seaside Boulevard, Barangay 76 |
Tarikh pembukaan | 21 Mei 2006 |
Pemaju | SM Prime Holdings |
Pengurusan | SM Prime Holdings |
Pemilik | Henry Sy, Sr. |
Arkitek | Arquitectonica |
Bil. gedung dan perkhidmatan | 600+ kedai, termasuk 217 restoran |
Bil. penyewa utama | 16 |
Keluasan lantai peruncitan | 406,962 m2 (4,380,500 ka2) |
Tempat letak kereta | 8,000 slot[1] |
Bil. tingkat | Bangunan utama mal: 3 (termasuk perluasan) The SM Store: 3 Gedung parkir: 8 |
Laman web | smmallofasia |
Dimiliki dan dibangunkan oleh SM Prime Holdings, pemilik dan pemaju rangkaian beli-belah terbesar di Filipina, SM Mall of Asia memiliki keluasan tanah 42 hektar, keluasan tingkat bawah sekitar 406,962 meter persegi (4.38050×10^6 ka2),[2] dan menarik lalu lintas pejalan kaki rata-rata setiap hari sekitar 200.000 orang.[3]
Gedung ini merupakan pusat beli-belah terbesar ke-4 di Filipina dan ke-7 di dunia.[3] Ketika dibuka pada tahun 2006, gedung ini merupakan pusat beli-belah terbesar di Filipina sehingga SM City North EDSA dibangunkan semula pada tahun 2008,[4] dan tercicir ke tempat ketiga dengan pengembangan SM Megamall dari 2011 hingga 27 November 2015 ketika SM Seaside City Cebu dibuka untuk umum.[5][6]
Selepas pembukaan gedung ini pada tahun 2006, ini menyebabkan penutupan beberapa pusat beli-belah yang lebih kecil di dekatnya, seperti Pearl Plaza dan Uniwide Coastal Mall di Paranaque.