Pelakon veteran lelaki Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Haji Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Salleh Kamil (24 April 1924 – 4 Julai 1998) ialah seorang pelakon lelaki Singapura.[1][2] Beliau mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura sebagai pemandu, Salleh diangkat sebagai pelakon menerusi filem pertamanya, Patah Seribu.[3][4][5] Sepanjang kerjaya lakonannya selama 17 tahun, beliau dikenali dengan peranan antagonis.[6][7]
Salleh Kamil | |
---|---|
Kelahiran | Salleh bin Abdullah 24 April 1924 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 4 Julai 1998 74) Yishun, Singapura | (umur
Sebab kematian | Sakit tua |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1951–1968 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 18 |
Saudara | 40 cucu dan tujuh cicit |
Sebelum menceburi filem, Salleh bekerja sebagai pemandu teksi.[8] Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari.[9] Ketika itu, Salleh muncul dalam filem Tas Tangan Wanita arahan L. Krishnan. Watak berdialog pertamanya ialah melalui filem Miskin arahan K. M. Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti filem Sedarah (S. Ramanathan) memegang peranan jahat. Ternyata, watak jahat serasi pada dirinya, lalu silih berganti beliau diberi imej itu dalam filem seperti Penarek Becha, Semerah Padi, Matahari, Sumpah Orang Minyak, Sarjan Hassan dan Isi Neraka. Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam filem Lela Manja dan filem Pusaka Pontianak serta watak lawak dalam filem Tiga Abdul yang membawa watak Kassim Patalan, seorang peguam batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu).[9]
Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.[9]
Pada tahun 1968, Salleh muncul dalam filem Raja Bersiong arahan Jamil Sulong.[9] Walaupun MFP ditutup tahun itu, beliau terus menetap di Boon Teck Road sehingga 1973.[9]
Beliau berkahwin sebanyak dua kali dengan isteri pertama Zahrah Pagi,[10] dan isteri kedua Jumini Simin. Mempunyai 18 orang anak, 40 cucu dan tujuh cicit.[9]
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4 Julai 1998 pada usia 74 tahun akibat sakit tua, selain itu Allahyarham juga menderitai angin ahmar selama sembilan tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1951 | Patah Seribu | Filem pertama | |
Pulau Mutiara | |||
1952 | Tas Tangan Wanita | ||
Aladdin | |||
Sedarah | |||
Anjoran Nasib | Kamal | ||
Miskin | |||
Permata Di Perlimbahan | |||
1953 | Istana Impian | ||
Putus Harapan | Ismail | ||
Ibu | Salleh | ||
Siapa Salah? | Salleh | ||
Chemburu | |||
1954 | Pawang | ||
Panggilan Pulau | Shukur | ||
1955 | Empat Isteri | Salleh | |
Roh Membela | Bakar | ||
Penarek Becha | Ghazali | ||
1956 | Hang Tuah | Orang Mengamuk 1 | Pelakon tambahan |
Semerah Padi | Borek | ||
Ribut | |||
1957 | Belantara | Kamil | |
Kembali Seorang | |||
1958 | Sarjan Hassan | Buang | |
Matahari | Hitam | ||
Sumpah Orang Minyak | Buyong | ||
Azimat | |||
Masharakat Pinchang | Wahab | ||
Taufan | Hamid | ||
Sri Menanti | |||
1959 | Batu Belah Batu Bertangkup | Datuk Hitam Pahlawan | |
Raja Laksamana Bentan | Nakhoda Haridjah | ||
Puteri Gunong Banang | Toba | ||
1960 | Lela Manja | Sang Naka | |
Pertarongan | Datuk Berang | ||
Isi Neraka | Wira | ||
1961 | Mas Merah | Datok Panglima | |
Si Tanggang | Linggi | ||
1963 | Darah Muda | Zahiri | |
1964 | Tiga Abdul | Tuan Penasihat Kassim Patalan | |
1965 | Dayang Senandong | Raja Shamsir | |
Pusaka Pontianak | Hambali | ||
1966 | Sri Andalas | Orang Kaya Tedung | |
Gerak Kilat | Komander G-Man | ||
1967 | Jebak Maut | Inspektor Bakhtiar | |
1968 | Ibulah Syurga | ||
Raja Bersiong | Perompak Sang Tuai | Filem terakhir | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.