Sarah Hyland
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sarah Jane Hyland (lahir 24 November 1990)[1] ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Dilahirkan di New York City, Hyland menghadiri Sekolah Seni Persembahan Profesional di Manhattan, diikuti oleh peranan kecil dalam filem Private Parts (1997), Annie (1999), dan Blind Date (2007). Beliau mendapat peranan utama pertamanya sebagai Haley Dunphy dalam sitkom ABC Modern Family, yang mana beliau telah menerima pujian kritis dan pelbagai anugerah dan pencalonan, berkongsi empat Anugerah Screen Actors Guild bagi Persembahan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Siri Komedi dengan ahli-ahli pelakon beliau dan meraih pencalonan Anugerah Televisyen Pilihan Pengkritik bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Siri Komedi.
Sarah Hyland | |
---|---|
Kelahiran | Sarah Jane Hyland (1990-11-24) 24 November 1990 (umur 33) |
Pendidikan | Sekolah Seni Persembahan Profesional |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1997–kini |
Televisyen | Modern Family |
Selain Modern Family, Hyland juga dikenali menerusi peranannya dalam filem Struck by Lightning (2012), Scary Movie 5 (2013), Vampire Academy (2014), dan XOXO (2016).