From Wikipedia, the free encyclopedia
Schitt's Creek (diolah sebagai Schitt$ Creek) merupakan sitkom televisyen Kanada yang dicipta oleh Eugene Levy dan anaknya, Daniel Levy, yang mula ditayangkan pada 13 Januari 2015 menerusi CBC Television. Siri ini ditayangkan di Amerika Syarikat menerusi saluran Pop (sebelum ini dikenali sebagai TV Guide Network).[1] Siri ini dikeluarkan oleh Not a Real Company Productions.[2] Pada 12 Januari 2015, CBS telah memperbaharui musim kedua siri ini [3][4] dan saluran Pop pula mengumumkan akan meneruskan siaran musim kedua pada 17 Mac 2015.[5]
Schitt's Creek | |
---|---|
Genre | Sitkom |
Pencipta |
|
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Kanada |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 39 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Colin Brunton |
Tempoh siaran | 22 min |
Syarikat penerbitan | Not a Real Company Productions |
Syarikat pengedaran | ITV Studios Global Entertainment |
Penyiaran | |
Saluran asal | CBC TelevisionTelevisyen definisi tinggi |
Siaran asal | 13 Januari 2015 | – kini
Pautan luar | |
Schitt'$ Creek |
Musim kedua telah keudara pada 12 Januari 2016 menerusi CBC dan 16 Mac 2016 menerusi Pop.[6][7]
Pada 17 Februari 2016, CBC mengumumkan pembaharuan musim ketiga[8] dan pada 3 Mac 2016, Pop mengumumkan akan terus menyiarkan siri ini pada musim ketiga. Musim ketiga keudara menerusi CBC pada 10 Januari 2017 dan 11 Januari 2017 pula oleh Pop. [9]
Pada 10 Mac 2017, kedua-dua saluran mengumumkan akan meneruskan siri ini untuk musim keempat. [10]
Johnny Rose (Eugene Levy) merupakan hartawan kedai video, telah muflis setelah ditipu oleh pengurus perniagaan mereka yang telah mencuri wang dan tidak membayar cukai perniagaan mereka. Ini memaksa Johnny bersama isterinya, Moira (lakonan Catherine O'Hara) dan dua orang anak mereka, David (Daniel Levy) dan Alexis (Annie Murphy) berpindah ke satu-satunya aset yang mereka miliki iaitu sebuah bandar kecil, Schitt's Creek, yang pernah dibeli oleh Johnny dan Moira sebagai gurauan hadiah hari jadi anak-anak mereka. Mereka tinggal di dua buah bilik sebelah-menyebelah di sebuah motel.[11]
Siri ini telah menjalani pengambaran di Goodwood, Ontario, dimana adengan motel dilakukan.[12] Manakala, untuk adengan dalaman bagi musim pertama dan kedua telah dilakukan di Pinewood Toronto Studios di Toronto,[13] mana untuk musim ketiga telah dilakukan di Dufferin Gate Studios, Toronto.[14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.