Daniel Levy

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Daniel Joseph Levy (lahir 9 Ogos 1983), turut dikenali sebagai Dan Levy, merupakan pelakon, penulis, penerbit dan personaliti TV Kanada. Levy dilahirkan di Toronto, Ontario, pada 1983, anak kepada Deborah Divine dan pelakon, Eugene Levy. Beliau merupakan abang kepada Sarah Levy.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...

Levy memulakan kerjayanya dalam bidang seni apabila menjadi pengacara bersama menerusi program MTV The After Show dan turut pernah muncul dalam The Hills : The After Show dan The City: Live After Show bersama pengacara Jessi Cruickshank.[1] Sebelum itu, beliau merupakan salah seorang pengacara asal siri MTV Live bersama enam pengacara yang lain. Levy turut menulis, menerbitkan dan membintangi rancangan istimewa Krismas untuk MTV, Daniel Levy's Holi-Do's & Don'ts dan pengacara acara karpet merah MTV Movie Award , pratonton The X-Factor dan liputan untuk Sukan Olimpik Vancouver bagi saluran CTV. [2]

Pada 2008, beliau muncul dalam Canada's Next Top Model sebagai juri jemputan.[2]

Remove ads

Filemografi

  • Cyberstalker sebagai Jack Dayton
  • Admisson sebagai James
  • Stage Fright sebagai Wartawan hiburan
  • Schitt's Creek sebagai David Rose

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads