Scooby-Doo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Scooby-Doo [sku-bi du] ialah sebuah francais animasi dari Amerika Syarikat yang diproduksikan sejak tahun 1969 dengan siri pertamanya , Scooby-Doo, Where Are You! arahan Joe Ruby and Ken Spears untuk Hanna-Barbera Productions, dan berkekalan hingga kini. Siri ini mengisahkan empat orang remaja—Fred Jones, Daphne Blake, Velma Dinkley dan Norville "Shaggy" Rogers—serta seekor anjing baka Great Dane[1] milik mereka bernama Scooby-Doo mengembara menyelesaikan misteri yang kononnya melibatkan makhluk alam ghaib.[2]